LECTURER LECTURER.
NAK BERPERANG MULUT KARANG TAKUT KENA REPEAT SEM DEPAN.
LAGI SATU HAL NAK KENA MENGHADAP MUKA ENGKAU LAGI.
LANGKAH TERBAIK ADALAH BERDIAM DIRI.
DIAM TAK BERMAKNA KALAH.

SIAPA BIADAP ?

"Yang tua dihormati, yang muda disayangi." Macam mana kalau Si Tua tu kurang hajar ? Perlukah dihormati lagi seperti peribahasa yang diagung agungkan itu ? Bagi aku, peribahasa ni dah basi. Sebab orang Melayu sekarang, tak macam orang dulu dulu. Adab tertib ada. Sekarang bukan orang muda je yang kuang hajar, orang tua pon sama naik kepala. Bagi aku, "Yang menghormati orang, akan dihormati orang." Baru betul. Dah 19 tahun hidup, memang ramai orang tua yang biadap pernah aku jumpa. Kau fikir kau dah lama hidup, kau boleh cakap apa yg kau suka, buat apa yang kau suka ? Kau fikir orng lain tak ada perasaan ke ? Tak kesah laa kau tua ke, muda ke, yang penting hormat orng dulu. Aku bukan nak biadap atau apa. Tetapi orng yang lebih berumur sepatutnya bagi tauladan yang baik lah pada golongan muda. Ni kalau pakcik makcik dah biadap, kuang hajar. Apa lagi anak anak dia orng. Anak lahir lahir je dengar mak ayah maki jiran, bila anak dah besar, jadi biadap macam engkau, kau marah. Tapi kau tak sedar yang kau tu biadap. Kau orang tua pon aku peduli apa. Hormat orng tak kira usia laa wey. As long nama kita manusia, memang kena hormat orang lain punya.

2011 vs 2012

January 4th, 2011-Tuesday
PLKN Hijrah Penor, Kuantan.

"Bangun pagi. Mandi.Gila bengang takde air. Lepas smyg Subuh, pg breakfast. Nasi goreng satu senduk, air teh 'o' panas. Then, bergerak ke datanran kawad. Ready for class. Nasib baik satu class dengan Famy. Ada geng la jugak aku ni. Call Mama suruh bawak baldi dan selimut. Then, call Meera. Breaking news ! Cikgu Fadhil ditukarkan ke SMKIM2. OMG ! haha, tak best la Panglima lepas ni. Mama cakap ramai yang wish birthday dekat FB <3 balik ni terus nak serang FB ! Feeling sick today. Selsema batuk. Gila tak larat. Nak nak kena tunggu turn amik baju ==" Bapak annoying. Nasib baik Famy tolong angkatkan & carikan locker. Kenapalah kau ni baik sangat ? Haihh. Haha. Malam tadi kena dengar Jurulatih lecture ==" Huh ! Tak larat. Lepas makan, supper, terus bla tido."


January 4th, 2012 - Wednesday
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Bangun pagi, got half dozen of unread msges. Masuk lewat class. As always, duduk luar. Dah dapat masuk, kena hentam macam macam. Then, kena kemas pulaaa barang lecturer bagai bawak ke class lain --" Memang seronok. Then, CADD class, boring introduction. Rambut kena kutuk dengan lecturer "Rambut Dah macam Rosmah." Dalam ramai ramai manusia dalam Dunia, Rosmah yang aku kena ? Haish, cakap laa Lady Gaga ke, La Roux ke apa. Seperti hari hari Rabu yang lain, koko. Grrrrrr, dah laaa dapat club Scrabble. Bila orang tanya "Arab, kau club apa dohh ? ". "Errrr, Scrabble." Diam diam je jawab. HAHA. After daftar club, otw ke parking motor, laungan "Happy Birthday" beramai ramai dari pasukan koir mahasiswi DSB2A. And finally, kena serang jugak dengan tepung, telur sebiji melayang dekat tulang belakang. Nasib minum Anlene. Kalau tak dah terpatah dua dah badan aku. Theres go my day, nothing special..

AZAM TAHUN BARU #2012

Dengar 2012 je terus meremang bulu roma ye dak ? Sebab apa ? Sebab ingat Kiamat dalam movie tu kan ? Its all Bullshit. Propaganda orang kulit putih nak sesatkan umat Islam. Now bukan nak cerita pasal Kiamat, since aku bukannya pakar dalam soal agama pun. Aku nak beritahu azam buat manusia yang ingin tahu sahaja. Aku nak share dengan kauorang, mana tahu ada yang sama azam dengan aku ke kan ? Mayb kita boleh menuju azam yang sama sengan bersama sama.

AZAM 2012 :
1) Kekalkan prestasi, Kurangkan kontroversi.
Kata sahabat baik aku, Irfan Shairazie Shatar, "Ilmu akan dibawa ke kubur." Memang memberi manfaat pada kita. Aku akui tu. Dengan focuskan minda kita pada ilmu ya saudara, kita tak akan ada masa untuk melayan segala hal remeh temeh ya saudara. Seperti dalam Quran berkata "Tuntutlah Ilmu" saudara, yakni, saudara saudara mungkin tidak akan terpesong jauh dari akidah dan perbuatan yang sia sia. Aku sebagai seorng pelajar didalam bidang Seni Bina, akan berusaha untuk Sem 2 dan Sem 3 dalam 2012 ini, mengekalkan prestasi Sem 1 iaitu 3.25. Aku akan cuba untuk mendapat 3.5 keatas untuk Sem sem akan datang, dengan izin Allah.

2)Mengikis sifat sombong, malu tak bertempat.
Mama selalu kata "Dah tahu orang kata kamu sombong, berubah lahh" *dengan berkerut dahi*. Aku akui memang aku bersikap sedikit sombong lebih dari orang lain. Tapi aku sombong bersebab. Mungkin kerana aku terlalu malu, aku segan nak berhenti tegur, salam. Aku segan. Aku pemalu. Kalau kau tanya Mama aku, memang dari kecik dulu aku ni pemalu. Orang bertanya baru aku buka mulut. Tapi, sejak dah berusia ni, dah nak masuk 19 dah pun beberapa minggu lagi, aku lebih peramah, mesra dengan orang. Ustazah kata, Nenek kata : "Asyik senyum je budak ni." Rezeki masuk kan ? Insyaallah.

3)Menjadi seorang Islam yang baik.
Aku tahu, semua buat muka kan ? Kita sekarang dah akhir zaman. Aku tahu, ramai yang kata "Elehh, konon nak jadi baik, padahal tak pernah sembahyang pon." Aku tak boleh nak cakap apa, sebab aku tahu berapa kali aku sembahyang dalam sehari. Kalau aku nak membangkang, mula lah orang bercakap "Nak riak la tu. Orang kalau sembahyang tak menunjuk." Memang betul, diam lebih bagus dari berkata kata. Aku akan cuba kekalkan solat 5 waktu sehari, itu yang paling penting. Kita nak buat baik biar orng kutuk, even, aku pernah dengar pon orang mengata dekat aku "Pakai macam ni pon sembahyang ke ?". Apa maksud kau "pakai macam ni ?" *angkat bahu*

4)Mencari rezeki, guna tangan sendiri.
Nama pon dah dewasa. Kena lah cari duit sendiri. Insyaallah, Allah dah banyak beri aku keistimewaan. Aku boleh melukis, boleh tangkap gambar, boleh buat video. Sekadar "boleh". aku tak riak, aku tak kata aku "pro". Tapi boleh la mencari duit dengan benda benda yang remeh ni. Even, cukup untuk makan sehari dua. Rezeki dekat tangan Allah, bila dia bagi peluang, kita ambil. Mana tahu, jadi famous sampai kaya raya ke sebab buat vid ? Siapa kata mustahil ?

5)Mecengkam barangan Wishlist #2012
Untuk menjaga penampilan, biar orang kutuk, asal kita selesa. Aku ada buat wishlist untuk barang yang aku idam idamkan. Akan dipost untuk entri akan datang. Whoshh !

PLKN ALL-STAR

FRIDAY - FEBRUARY 18, 2011.

" Kuliah Subuh dibatalkan. Bagus ! Lepas breakfast, jam 08.00 AM tayar kenderaan berlabel "Jabatan Latihan Khidmat Negara" menuju ke Balok, Kuantan ke TLDM. Sampai di sana selepas sejam setengah perjalanan yang mendinginkan. Bau kelapa sawit menyenakkan otak dan memeningkan kepala. Bertindih jadual dengan Kem PLKN Cherating. Latihan menembak bermula pada 15.00PM Pelatih wira muslim ke Masjid Balok untuk solat Jumaat. Tanda kasut ==" Latihan bermula selepas mencuri sedikit ilmu dari Detail terdahulu, Detail 5 dipanggil dan aku terus ke Sasaran 1. Pertama kali cap jari Arab Yusry melekat di picu senjata M16. BOOM BOOM ALEXANDER ! FUHH BEST ! 52 markah dikumpul dan ditanda right (v) I dont know what its mean. Maghrib baru sampai kem selepas cerita "UNPENDE-APA-ENTAH" ditayangkan. Selepas itu, semua pelatih didenda Kawad Baring ==" Dammit. Urhh off. Mood: Bau bau yang annoying :S "

TAFSIRAN : "semua pelatih didenda Kawad Baring " Kawad Baring adalah kawad didalam keadaan berbaring. Pusing kanan bermaksud mengiring ke kanan. Pusing kiri bermaksud mengiring ke kiri. Menghadap ke kebelakang bermaksud meniarap atas tar jalan. Cium lah tar tu puas puas. Seksa kan ?

SUNDAY - FEBRUARY 20, 2011

"Sikap kakak/cikaro koperasi yang mcm sial luar biasa gatalnya dan sikap Jurulatih tonggek biadap yang menyakitkan hati harini buat aku nak sumpah seranah semua orang yang lalu kat depan aku. tarikh 200211, parents Famy dtg :) Then maghrib digemparkan dengan pengungguman bahawa Wira/Wirawati dikenakan memakai half cel/tukar class/tukar PT ==" Mood: Orang bodoh berlagak yang menyakitkan hati !"

TAFSIRAN : "pengungguman bahawa Wira/Wirawati dikenakan memakai half cel/tukar class/tukar PT " Pada malam itu, kami didenda atas sebab yang tidak dicatat didalam diari ini, kami Wira (lelaki) Wirawati (perempuan) dikenakan denda dengan memakai half celoreng (baju biru rasmi PLKN bersama boot yang memakan masa 15 minit untuk memakainya) dan terus ke Padang kawad. Selepas sampai di Padang Kawad malam itu, kami dikhendaki berlari dalam masa 5 minit, pulang ke dorm masing masing dan tukar pakaian kepada Pakaian Kelas (Baju Kemeja, seluar slack dan kasut) dan kembali semula ke Padang Kawad dalam keadaan termengah dan lelah. Lelaki perempuan semua berlari. Kemudian, dengan masa 3 minit yang tidak masuk akal, diminta berlari ke dorm untuk menukar pakaian PT (t shirt, seluar sukan, kasut sukan) dan kembali ke Padang Kawad. Dalam keadaan huru hara bak Tsunami menimpa dimana para Wira Wirawati masing masing berlari bertempiaran *ada yang memakai baju sambil berlari* dan masuk kedalam kumpulan masing masing. Ketika itu, baru aku sedar, seluar yang aku pakai, terbalik. Sial !

BARANG PANAS, ATMOSFERA PANAS.

Status FB sampai "berjuta" like, gambar pon "berjuta" like. Memang sekali tenguk "Fuh, gambar macam ni sampai beratus orang like ? " Gambar biasa je, tp ada sesuatu yang "luar biasa" yang menarik para para obesesi Fb untuk menekan butang biru "Like", yaaa, aurat. Bagi yang lupa,

"Aurat lelaki daripada pusat ke lutut.Manakala aurat perempuan daripada rambut ke kaki."


Mungkin aku bukan alim ulama yang bertauliah nak cakap pasal agama, tp sebagai umat sesama Islam, memang wajib untuk aku menegur, walaupun bukan Face to Face. Semoga aku tidak disoal diakhirat nanti. Bagi yang perempuan, memang semua orang tahu muka awak cantik, jerawat nak bertapak nak buat rumah pon sewa mahal , badan gebu, rambut tu mintak maaf habuk nak jejak kaki, memang tersungkur habuk sebab rambut licin sangat. Semua orang tahu. Tapi semua orang juga tahu yang semua tu bukan milik awak, hanya dipinjamkan sementara oleh Allah. Memang adat lah orang cantik nak tunjuk semua benda dekat orang. So, no wonderlah berjuta like yang awak dapat. Tapi agama awak apa ? Islam. Islam tak larang umatnya untuk menjadi cantik. Tp cantik tu biarlah bertempat. Ada sebab kenapa Islam tak bagi terdedah sana sini. Rogol, fitnah, dengki. Ni semua masalah yang semakin besar dekat Dunia sekarang. Orang nampak gambar kita yang posing atas katil, meniarap nampak lurah yang banyak like kat Fb, dengki. Buat page "Anti- Sarimah Budak Hotstuff". Kita lawa, tak pasal pasal kena anti pulak. Tu takpa lagi, kalau kena simbah asid ? Sebab boyfriend Rozana save gambar kau buat "modal" dalam phone dia, tenung lurah kau tiap tiap malam, then kantoi dengan Rozana. Rozana serang rumah kau bawak asid, simbah. Siapa susah ? Rogol. Dah seksi macam tu lelaki pon apa lagi. Tengah berjoli hisap shisha dekat Pavi sana, balik tengah malam kena bantai masuk dalam kereta. Pakai pulak mini skirt. Siapa susah ? Fitnah. Orang mula lah kata kau liar, over social. Kau marah. Kau lupa, orang sekarang dah tak guna "Dont judge a books by its cover." Ni pasal pemakaian, kalau pasal social pulak ? Boyfriend tu, kalau boleh nak yang kaki club. Baru hotstuff. Baru orang pandang. Baru secocok dengan kau. Lepas tu post gambar cium sana sini, siap buat folder baru dekat FB. Lepas tu orang kutuk kau marah, orang puji kau beria tekan butang like dekat comment. Kalau kauorang ada rezeki, kalau blog ni masih belum didelete, korang boleh tengok remaja over social zaman sekarang ---> http://poserofloser.blogspot.com/ Semua melayu. Cina pon segan nak post gambar macam ni. India lagi lahnya. Mungkin dia bukan Islam, tapi dia tahu adab. Dia tahu malu. Mungkin kau over social macam ni sebab mak bapak korang open minded. "Alahh, remaja, biasalah. Macam awak dulu baik sangat. Nanti dia dah tua dia insaf lah." Tapi kalau awak tu tak sempat nak insaf macammana ? Time awak sikat rambut pon awak boleh mati tersedak Panadol. Lepas dah 2 3 bulan couple, clash. Dulu "Lambaian Kaabah", lepas tu "Melontar Jamrah di Aqabah." Mula mulaa "Baby, baby buat apa ?" lepas tu, "Babi, kau dah kenapa ?". Tak sampai sehari, dapat boyfriend baru. Nampak sangat cinta tak ikhlas. Buat habis ke beras. <-- pantun. Hanya nak nasihat, at least terlepas dari disoal malaikat dalam kubur nanti. Even untuk kawan kawan aku juga. Sama samalah berubah kearah kebaikan. Kalau aku ada salah, tegur lah. Mungkin ada yg aku terlepas pandang. Kau memang hotstuff, tapi 24jam aku tak cukup nak respect kau.

"Haram bagi seorang lelaki menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan tetapi tidak berniat untuk memperisterikannya.




"menghitung hari, detik demi detik..masaku nanti apakan ada..dengar cerita ramai yang derita..menghitung hari.." Seperti yang tertera dengan jelas dan tegas akan gambarajah diatas, apa yang perlu dimanipulasikan selepas dihypothesis adalah aku mendapat 3 pointer. Agak mengecewakan kerana aku dengan bongkak dan takbur untuk menyasarkan resultku akan lebih baik dari ini. Tetapi panahan saktiku tersasar sedikit dari sasaran akibat angin monsoon yang kian rakus meniup penuh takdir di atmosfera udara Kuantan. *APA YANG KAU MEREPEK NI SYAITON !* Ok kita mulakan aim daripada atas, Agama. Dengan gagah usaha menghafas tahiyat akhir dengan lancar dan merdu, akhirnya ustaz dengan membuta tulinya memberi aku B-. Alhamdulillah. Next is English Communication ! Haaaaa, dengan darah mat salleh yang mengalir dalam tubuhku yang kurus ini, yg membolehkan aku speaking dengan fluent sekali *hamboihh* aku dengan jayanya mendapat A- untuk English ! *clapclap* Minus tak minus asalkan A ! Kau ada ? Next, KOKO. A ofcourse, i kan athelete lompat jauh, lompat galah, lompat tikam, lompat longkang, lompat silang kata time kat sekolah dulu. Peringkat Kebangsaan lagi dalam Scrabble --" Next, Engineering Math dapat B+. Okayy lettew, dari tak minat numb dapat jugaklah B kannnn. Comptr application, A. *finger snap* Basic Design B+. Setelah penat mencungkil idea mencari ilham design segala bagai, B engkau bagi aku ? Anyway alhamdulillah jugak. Lukisan Senibina (Drafting) C+ ! Yang ni memang masalah sokmo, pen terlebih dakwat sikit potong markah, line tertebal sikit potong markah, pelajar bebal pon kena potong markah. Hmmm, memang susah nak A Drafting. *penat je goda pensyarah main kenyit kenyit mata, C engkau bagi aku ?* Next, Lukisan Persembahan Senibina ( Graphic Design ). Dapat A lahhh, you tanya apa lagi ! Fav subject ni. Segala idea, tak tidur malam, patah jari sebab melukis, patah kuku sebab mewarna semua sebab Graphic la. Alhamdulillah, A karmanya. Materials For Building, B-. Alhamdulillah, subject paling cuak sekali akhirnya dapat B- ! *memang lahh, dah test kuat meniru nota ! Dan keseluruhannya membawa aku ke lembah kedudukan bertaraf Baik. Mungkin tak sebaik Shafirah Rosli yang dapat 3.93, or Famy Ashraf yang dapat 4 flat. Conclusion has been made, usaha gigih 5 bulan, 3.25. Alhamdulillah ! Bismillah ! Pak Dollah ! The hypothesis is finally accepted !



ATTENTION !

Starting from now, i've deleted all the social account accept for

I dont handle Myspace acc, Facebook acc anymore.
LOTSSSOFLAFF,
-Arab.Y

Kenapa perlu laman sosial ?

Dimalam hari tatkala Bulan mulai menguap bosan menyinari penduduk penduduk Bumi yang masing masing sedang mengaktifkan jari jemari menekan butang kekunci untuk ber Muka Buku dan BerBurung Biru Twitter berhubung bersama sama rakan rakan mereka yang jauh, mahupun yang dekat. Tetapi, seorang budak lelaki bernama Arab Yusry yang sudah 7 tahun hidup bersama MukaBuku dan hanya kurang 5 bulan bersama Burung Biru Twitter kini sudah lali dengan laman web sosialnya. Dia merasakan semua laman web sosial ini sebagai satu penipuan terhadap dirinya. Semua ini hanya dusta dan berbeza dengan dunia nyata.

1) Semua "friends" dan "followers" wrote on wall dan mention dengan ghairahnya di dalam MukaBuku/Twitter seperti kamilah kawan yang paling rapat. Tetapi hakikatnya bila berjumpa, langsung tidak bertegur sapa. Malah langsung seperti tidak mengenali aku. Mana perginya ramah engkau di laman sosial itu ? Seperti yang aku kata, hanya dusta.

2) Kutukan yang melampau di MukaBuku seperti bergaduh di Wall to wall diselangi dengan "189 people likes this" dan " 3200 comments." Untuk apa post status berperang sana sini ? Kenapa perlu besar besarkan cerita, mengapa perlu buruk burukkan manusia, kenapa perlu heboh hebohkan pada orang lain ? Mungkin hanya nak "test market" masing masing. "Status aku dapat 186 likes, kau ada ?"

3) Gambar gambar terlampau di MukaBuku yang menjolok mata dan tidak bermoral. Pegang Calsberg <-- tak tahu ejaan betul ke salah sebab aku tak peduli pon apa namanya. Awak bangga awak mabuk ? Awak nak tunjuk kat orang awak mabuk ? Awak bangga awak dapat jutaan like atas gambar awak mabuk ? Kenapa saya rasa susah hati ? Sebab saya duduk di "bawah bumbung" sama macam awak. Kalau Tuhan nak turunkan musibah, dengan saya saya sekali kena. Mungkin saya ni tak lah sealim ulama, tetapi saya tahu batas batas agama supaya menjauhi arak yang melalaikan. Lagi gambar cium peluk bersama bf/gf. Untuk apa ? Saya ada gf jugak. Tp langsung tak pernah sentuh dia. Sebab saya tahu batas batas agama. Awak confirm ke nak memperisterikan dia ? awak confirm ke dia suami awak ? Kenapa awak pegang dia? Kenapa awak cium dia? Kenapa awak bangga orang nampak awak cium dia sampai nak post post gambar mcm tu ?

4) Semua post dan status tiada siapa yang kesah. Engkau sedih, engkau gembira, engkau sakit hati, engkau patah hati. Mereka hanya baca, like dan comment. Tetapi di dalam dunia nyata, hanya engkau seorng patah hati duduk dalam bilik. Mereka yang like dan comment status engkau langsung tiada bersama engkau. Semua ini hanya palsu. Kalau mereka concern pasal anda, sudah pasti mereka akan call, or face to face tanyakan masalah anda. Bukannya sekadar like dan mengeluarkan kata kata simpati.

5) Friends dan followers yang beribu, tetapi hakikatnya, kawan baikku, yang risau dan perihatin terhadap aku hanya boleh dibilang dengan jari.

6)Fake.


Ini adalah antara sebab aku tak perlukan lagi laman web sosial setelahlebih 8 tahun aku bergelumang dengannya hampir setiap hari sehingga hari ini aku tersedar semuanya dusta, tipu.

Wazzap ! Tatkala teringat akan peristiwa banjir yang melanda bandar Kuantan malam kelmarin, hati menjadi rungsing bak lakonan Erra Fazira dalam Mr cinderella terbitan KRU kira kira tahun 2001 yang lalu. Apa yang terjadi ? Tidak pernah sepanjang hayat Kuantan banjir depan depan mall macam tu ? Mungkin Tuhan nak bagi petanda dekat masyarakat Kuantan yang kaki clubbing tu ? Yang Melayu tak macam Melayu tu tak kesah la, yang Islam tak macam Islam tu apa kes ? Engkau fikir cool lah sangat mabuk mabuk, berfoya foya. Engkau fikir kau Pitbull lah ? Kau fikir kau P.Diddy la ? Engkau tu Rahman Bin Rosman je ! Sedar diri sikit ! Buat malu pakcik Rosman je, dah la dia tu bilal masjid dekat kampung tu. Ayah Bilal, anak Bebal. Biar lah banjir, asal semua pusat hiburan dekat Kuantan rosak dimamah air. Sakit mata tengok umat Islam rosak akhlaknya. Bukan nak cakap aku ni baik sangat but atleast takda lah sampai nak mabuk, clubbing, main perempuan, social sana sini. Ingat laahh, mungkin masa awak tu dah tak lama. Macam mana kalau Tuhan tarik nyawa awak time tangan awak tu tengah pegang perempuan, tangan kiri pegang alkohol. Lepas tu mati sebab tersedak straw ? Masuk pulak surat khabar Metro. Mana pakcik Rosman nak sorok muka ? Belakang ampaian Makcik Salmah ? Belakang rumah Hj Adnan ? Belakang rambut Rosmah Mansuh ? Haishh ! Siapa yang respect awak, pandang awak cool, adore awak dalam keadaan macam tu semestinya dia adalah manusia yg bertopengkan syaitan. Renung renungkan lahh.

WEDDING NIK ARDILA SHAZMILY DAN ABG AAN


Memakan masa sejam lebih perjalanan ke Kg ApaNtahNama akhirnya berjaya melihat rakan kami yg sebaya umurnya ke jinjang pelamin. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Aku kahwin next time engkau datang pulak. Tak datang aku sumpah anak engkau jadi alas meja !



SEMOGA MAJU SETAPAK KE JINJANG PELAMIN ! *baling Julissa.R ke udara stunt ala ala Cheerlead.

Sambil sambil post gambar ni, nak cerita sikit pasal kerja baru. Now im working at TL, bukan kedai "Tuala & Lampin" tapi "Tropicana Life". Haaaaa, bagi yang tak tahu bahasa OngPuteh ni dah boleh start GoogleTranslate or tanya anak jiran yang belajar oversea sana. Kerjanya mudah, lipat baju, serve customer, lap cermin, serve customer,serve customer,serve customer,serve customer, dan duduk dalam stor curi curi makan. Yang kelakar sepanjang pekerjaan halal selama seminggu ini adalah ramai customer yang shopping dengan anak anak diarong. Yang tu normal lahh kan, tp yang kelakarnya anak diaorang dah besar panjang tp macam budak budak. Semua nak suruh mak pilih, lepas tu nak tanya saiz baju pon segan. Padahal siap ada tatoo, rambut perang, tindik sana sini macam gangster. Rupa rupanya anak emak. Ada jugak customer yang pilih barang sampai setengah jam. Memang kaki aku ni kaki RealSteel kan boleh diri lama lama tunggu engkau ? Dah laaa lama, tak jadi beli pulak tu, rasa nak sembur je muka engkau dengan Febreeze ! Ishh ! Sama jugak time nak cari saiz kasut. Kita cari bagai nak rak sampai habis kotak kotak jatuh menimpa kepala, last last "Emm, takpe lahhh dik." Tp adat lahhh kan. Sebenarnya bukan aku nak kerja dekat butik ni, tp kawan dah tolong carikan kerja, so kita accept jelah. Kang dia kata apa pulak kan. So waktu break pon dah nak habis and if ada apa apa isu yang korang nak Arab tulis, just mention me on Twitter ---> https://twitter.com/#!/arbysry

FINALLY, ALYSSA BERNAL OWNED A SONG CALLED CALI, CALI, CALI. COMEL <3

RUMAH SEWA KAK SALWA

Selepas tamat class Material For Building yang bakal mengeluarkan soalan peperiksaan akhir pada Khamis ini, semua pelajar berkemas untuk menuju ke destinasi masing masing. Dengan langkah penuh waspada, aku seperti yang dirancang, bakal membawa segelintir rakan rakanku untuk mencari rumah sewa menaiki kenderaan pancuan empat roda En Yusry/. Setelah kelapan lapan kami dimuatkan di dalam kereta, kami menuju ke satu kawasan perumahan diberi nama penuh indh dan klasik "Taman Dato Rashid Salleh". Kereta keluli bewarna Silver keperakkan meluncur laju lorong demi lorong bagi mengesan coretan tangan mempamerkan no telefon sebagai tanda rumah untuk disewa namun gagal. Kebanyakkan rumah sudah uzur dan mula dinaiki semak samun, tumbuhan tumbuhan liar ghairah mencebgkam dada dada dinding bata yang kian berlumut. Banyak rumah yang kosong ditinggalkan tuan rumah, tetapi tidak pula ditinggalkan no tel mereka tanda setuju untuk menyewakan rumah mereka kepada para musafir. Mungkin mereka tergolong dalam golongan kaya dan tidak mengambil kisah akan rumah rumah kos rendah milik mereka yang kini mungkin dijadikan sebagai "istana" bagi serangga serangga kecil/. Kami meneruskan pencarian di taman perumahan penuh kegembiraan "Indera Mahkota" namun kebanyakkan rumah sudah disewa dan ditempah bagi beberapa pertubuhan yang tamak mengambil hampir 1/4 rumah di kawasan tersebut. Malah, berteraburan rumah dijadikan Homestay. Sepanjang pencarian rumah sewa ini, kami bersependapat bahawa kebanyakkan jiran yang kami interview semuanya menyatakan kenyataan "Makcik tak tahu lah, kosong kott." Cukup membuktikan bawahwa mereka tidak mengambil peduli akan kewujudan jiran jiran mereka. Hal seperti ini amat merungsingkan dan sifat kejiranan yang jitu kini kian pudar oleh peredaran masa dan ekonomi negara. Tanda "Rumah untuk Disewa" amat rare pada kali ini dimata kami berlapan. Dari pagi smpai ke malam, setelah segala lurah dan badai kami tempuhi, niat dibantutkan dengan semua dugaan yang menimpa dan kami hanya berserah pada takdir ketika menunaikan solat Ishak di surau Dato Rashid Salleh secara berjemaah sebelum seorang pakcik secara sukarela menawarkan diri supaya mengekorinya ke rumah En Ape Entah Nama Dia Lupa Dah Aku dan membawa kami ke rumah sewanya yang bagi aku, agak baik berbanding rumah rumah lain di sekitar itu. Harganya juga berpatutan dengan saiz dan kawasan rumah. Ditambah pula dengan tuan rumah yang ramah bak amah yang datang dari Indonesia menyapa mesra kedatangan kami. Akhirnya, berkat sembahyang jemaah, kami dilimpahi rahmat dan berjaya "menakhluki" sebuah rumah sewa sebelum kmai bergegas ke sebuah restoran di Semambu gara gara perut sudah memainkan lagu Cinta Muka Buku menandakan "band band mate" sudah sedia untuk diisikan dengan Maggi Goreng dan Milo Ais.



PORTFOLIO DAY.

Hari Portfolio bermula dengan senang hati sekali. The weather is clear dan tidak menunjukkan apa apa tanda akan kedatangan Hujan dan isterinya, Gerimis pada pagi itu. Semua model dan presentation board disusun penuh gaya diatas meja drafting sambil dibantu oleh Phang, seorng perempuan cina yang comel. Aku hanya tidur lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja memandangkan kami, siswa lelaki, sleep over dekat studio pada malam sebelum portfolio dengan keadaan class yang bersepah bak kapal Titanic yang pecah dan memuntahkan barang barang kepunyaan orang orang kaya, pertengahan dan miskin dan terbiar berapungan di petengahan laut antlantik. Pada pagi itu, lantai secara keseluruhannya bersih tanpa sebarang sampah. Satu keajaiban ! Semuanya berpakaian segak, berkemeja lengkap, bertali leher, berkain meleret bak Fauziah Gaus di red carpet AIM 2010. Tiba tiba aku ditugaskan untuk membeli pinggan dan all the stuff for jamuan memandangkan akulah satu satunya yang mempunyai motor. Bergedass gedebuss, akhirnya sampai.Terpaksa bertenggek di luar kerana dianggap sebagai "pelajar datang lewat/" FFF ! Akhirnya, segala kesalahfahaman ini terlerai dan aku dibenarkan masuk ke class dan sesi presentation sudah tiba. Semua studiomate terpaksa tunggu di luar dan menunggu masa untuk dipanggil. Ada yang berzikir, ada yang tidur, ada yang berjampi serampah supaya tidak dipanggil. Setelah selesai 9 orang dipanggil, the rest dipanggil masuk semula ke class untuk menikmati jamuan. Agak terkilan sebab tidak dipanggil tp its okayyy. After jamuan, briefing and theres something that our lecturer told us tht is the reward for top 10 highest mark in Basic Design, akan dibawa ke KL pada 13 Nov ni. And aku salah seorand daripada golongan terbabit, Yahooooooooo ! I MISS MY STUDIOMATE LOO ! BALIK KAMSIS FASTER LAH UOL'SSS !

SAMAN, PRICE TAG

AIN'T ABOUT THA UH, CHA CHING CHA CHING ! AIN'T ABOUT THA UH, BAA BLING BA BLING ! *pause* *krikikk krikkikkk * Disatu malam Jumaat, ketika aku kecewa kerana gagal melihat Zizan beraksi di pentas Anugerah Skrin 2011 yang mendapat feedback hangat dari juri juri bertauliah Twitter, aku membawa diri untuk memanjakan jari berlatih menari ballet di atas papan kekunci untuk menceritakan peristiwa yang berlaku minggu lepas..

JAP ! ADA ORANG DATANG !

..okay sambung balik, Disatu pagi yang hening dimana mata ini sudah diset oleh alarm yang annoying supaya bangun dan work out on model and board for upcoming Portfolio that day. As usual, drive to collage in high speed..setiba di collage, angkut seorng dua yang nak beli barang untuk presentation board. Bawa ke kota Kuantan yang muram suram dengan atmosfera udara yang lembab memandangkan musim tengkujuh hampir tiba dengan gerimis memberi amaran akan kedatangan hujan yang bakal tiba..Sesudah sampai ke mall, parking sambil lewa dihadapan sebuah restoran dan berjalan kaki melintas ligas kenderaan yang kian menyesak diwaktu manusia bekejar untuk berlaunch hour ketika itu, menuju ke mall. Setelah tiba di Popular, berpecahlah kami mencari barang keperluan masing masing. Diselongkar selongkar, dari barang yang kemas disusun pekerja, ku selongkar hingga berselerak tanpa endah membiarkan ia terus tergeletak lesu di atas lantai. Tiba tiba mataku terpandang segulung kertas pink dengan texture yang menarik yang ku rasa dipanggil "tissue paper" dengan harga yang agak berpatutan iaitu RM4.90 segulung. Memandangkan aku ketandusan duit ketika itu dan sedaya udaya untuk berlapar bagi berjimat cermat, ku cabut tanda harga yang memaparkan RM4.90 dan menggantikannya dengan tanda harga RM1.40. Cuba kau kira berapa untung aku dapat Jemah oii ? Kelass kan ? Tindakkan ini disedari rakan dan mereka amat terkejut dengan tindakkan drastik ini dan cuba untuk menjauhkan diri dari aku kerana bimbang ditangkap. Excuse me, im proffesional. Ku melangkah penuh anggun ke arah counter dan mesin scan dilalukan di atas bar code dan RM1.40 terpampang di screen bersama sama tulisan " HARGA." Dengan confident ku keluarkan rm1.40 tanpa baki dan keluar dari kedai dengan angkuh. Karma bermula apabila sedang aku menikmati Cheese Roll kegemaran yang dibeli dari Deli Country, terpampang saman diselitkan di celah wiper pancuan 4 roda silver milik En Yusry.. "Maigodd, sekejap je Tuhan nak tunjuk balasan." kataku penuh sayu diiringi gelak tawa rakan rakan lain tanpa diendah ku meluncur laju ke arah kiosk untuk membayar saman. Now, siapa rugi ? --"

FREAKS IN BOOTS

Setelah menyampah dengan roda yang berpusing di pertengahan video Beyonce - Love On Top*yang menunjukkan simbol LOADING" membuatkan aku rasa nak lempang WiFi ni sekiranya dia menjelma sebagai manusia. Belom sempat Beyonce mengeluarkan suaranya yang lemak merdu, bulatan yang berpusing itu muncul kembali dan kini Beyonce kaku tanpa sebarang gerak geri lincahnya. Dengan jari jemari yang kian membengkak kerana bermain onar dengan dawai duri untuk membuat model bagi Hari Portfolio yang akan tiba pada minggu hadapan, ku buka "new tab" dan jari jemari menari mambo seperti Sheila Mambo menari dalam Sehati Berdansa menekan papan kekunci "arabyusry.blogspot.com". *Bila masa Sheila Mambo masuk Sehati Berdansa ? --"* Kemudian dengan sentuhan ajaib hujung jari, cursor bergerak lemah ke arah link SIGN IN lalu dimasukkan email dan passwordnya. Kini, aku ingin bercerita mengenai kejadian aneh yang berlaku 8 jam yang lalu. Setelah motor diberi roh untuk hidup dan membiarkan, dengan merendah dirinya, aku menunggangnya dengan ajaib bergerak laju ke arah mall yang terbesar di Kuantan, buat setakat ini. ECMall untuk mencari bahan bahan yang sepatutnya. Setelah meronda dan digoda, aku terlihat kelibat Sarah Hairuddin. Yaa, Sarah sedang lalu tunduk seperti hendak rukuk di sebelah bahu kanan ku. Tanganku diangkat untuk menegurnya, tetapi, sesudah jarak kami semakin hampir, muka Sarah Hairuddin kian menghilang sedikit demi sedikit. Rupanya, pelanduk dua serupa, atau mungkin aku hanya mengelamun sahaja kerana lapar --" Sesudah Bumi dipanaskan dengan terik Mentari yang mula panas hati dengan penduduk Bumi yang makin biadap dan melakukkan pelbagai maksiat, aku melangkah keluar untuk ke kedai yang lain pula. Sesudah berhenti di satu traffic light, aku disapa seorng uncle yang bertanyakan jalan. Tiba tiba, kejadian aneh yang tadi berulang lagi. Tapi kali ini, muka rakan ku muncul tanpa diduga, wajah jelita Sofiya Fuzya Naddira yang sedang menunggang sebuah motorsikal bewarna hitam. Ku berfikir ligat "Bukan motor dia colour putih ke ?". Dengan perasaan ingin menegur tetapi amat mustahil dengan keadaan traffic yang kian menyesak. Akhirnya "pelanduk dua serupa" Sofiya berlalu pergi. Lampu hijau dan ku belok ke kiri. Kejadian tadi berulang kembali. Kali ini kelihatan kelibat Thinesha, sahabat sekelas di tingkatan 5 dulu. Sedang menghisap rokok membonceng di atas motor. "Maigodd ! Thinesha smoking ? Biar betulll ?" Setelah dua kali pandang, akhirnya ku sedar itu bukannya Thinesha kerana belakangnya adalah secara terang terangan belakang seorang lelaki. Aku mula buntu dan memikir apa yang telah mengakibatkan aku terbayang bayang kelibat rakan rakanku ini. Mungkinkah aku dikenakan Nasi Kangkang, mungkinkah aku disihir, mungkinkah aku khayal disebabkan asap rokok yang terlaluan, atau "mungkinkah ku teman biasa..seawalnya kita berjumpa..mungkin bila tiba saatnya..mungkinkahhh.." Waaaa, Sheila Abdul tauuuu ! Okbye !


TAK CANTIK PON MINAH NI, TP MANIS GITEWW.

I MISS MY FRIENDS !

#NOTA DIRI.Its 11.20 PM. Baru lepas habis design building for Basic Design class. Kena submit besok. So nak taknak memang kena habiskan malam ni jugak. Alhamdulillah siap jugak. Ditemani nyamuk nyamuk yang annoying yang memang mintak penampar dari tadi tetapi asyik tersasar dari sasaran tamparan dan terbang pergi dengan perut yang penuh dengan darah haram yang disedut tanpa izin. Hembusan atmosfera Bumi pada malam ni agak dngin dibandingkan dengan semalam yang penuh dengan wap wap panas yang mengghairahkan. The reason why kenapa aku nak post entri ni adalah aku nak cerita sedikit sebanyak perbezaan sebelum dan selepas alam persekolahan. Entri ini ditujukan khas buat mereka yang berumur 19 tahun kebawah --" AH ! MEREPEK APA AKU MALAM MALAM NI ! BUKAN SETAKAT MALAM JE KAU NI MEREPEK ARAB ! TIAP TIAP MASA NAK MEREPEK ! KENA LEMPANG SETEPEK BARU TAHU ! Okayy okayy, lek lek. Kita mulakan dengan situasi yang paling aku rindu, atmosfera persekolahan. I miss the moment when we hangout togather, ponteng class lepak dalam store, kena kan orang, celebrate birthday, gaduh dengan cikgu, drama sana sini. I MISS THOSE MOMENT LIKE SERIOUSLY ! Dulu form 1 to form 3 aku akui memang aku budak yang sangat baik, suci tanpa dosa, putih bak mutiara *haa, yg ni tipu*, sesuci lebaran tanpa secalit kotoran . Sebab kawan kawan aku majoritinya budak budak pandai. And form 3, zaman kegemilangan sebab dapat 7 A. Whats the big deal kan ? PMR je pon. And dekat situ hidup aku dh mula jadi tak happy.Senang kata, 3/4 classmate aku, yang memang semuanya kawan rapat, pindah ke sekolah lain. Time tu dah macam videoclip "I Need A Doctor - Dr Dre feat Eminem" dah. Then form 4 to form 5, aku dah mula get along dengan kawan baru, yang majoritinya budak budak nerd yang menakutkan. 2 tahun ni, honestly, aku jarang lepak dengan classmate and banyak lepak sorang sorang. 2Time form 4 aku pernah dapat surat Amaran ke 3. Yang paling Ter-Amaran sekali sebab ponteng class. Acctually bukan ponteng pon, saja datang lewat. Most of the time datang lepas rehat, 10.30 AM. Ayat "Awak ingat sekolah ni sekolah bapak awak" tu dah biasa dah. Dah boleh hafal. Dan kadang kadang terbayang jugak arwah "Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad" tu bapak aku. Fuhh seram. Tapi nama gah laa. Tengku Ameer Ashraf B Tengku Panglima Perang. Fulamak ! Orang dengar nama dah koma seminggu, trauma. Panglima lah sekolah terbaik yang aku pernah rasa, sebab tu lah satu satunya sekolah yang aku membesar dalamnya. Even cikgu cikgu dalam tu kebanyakkannya nak mintak aku maki dia dengan lebih lanjut di dalam blog, tp tu la yang membuatkan hidup aku seronok. Diam tak diam banyak jugak aku langgar peraturan. Sekarang, semua dah berubah. Suasana sekolah dah takda. Sekarang dah dikelilingi dengan majoritinya orang dewasa. Bukannya budak budak form 1 yang suka berlari lari anak di kawasan kaki lima yang berkemungkinan besar memintak jari yang lima ni melekap kat muka mereka lima kali tanpa henti. Tenaga pengajar pon dah lain. KEna panggil Puan/ Cik. Dulu panggil Cikgu je, lebih mesra. Dekat IPT, aku seorang je yang panggil lecturer aku dengan panggilan "Cikgu". Even deorng gelak, tapi aku rasa panggilan Cikgu tu membuatkan aku rasa senang hati. Kadang kadang rasa sebak teringatkan sekolah. Nak buat macammana, masa berputar. Kita umpama lilin yang menunggu untuk membakar diri sendiri sehingga semuanya menjadi cair dan lenyap lesu tanpa kehangatan api.*waaaa, bersastera aku malam malam buta ni --"

DURI MENJADI JURI

Tak kenal maka tak cinta. Apa ? Tak pernah dengar ? Where have you been ? Like seriously, kau duduk dalam Gua Niah ke ? Apa apa lah. Kepada yang tahu maksud ayat yang mengandungi seribu satu makna ni *padahal ada satu makna je* meh dengar chek nak habak mai. Tak kenal, maka tak cinta. Maksudnya jika kita tak kenal seseornang tu, maka kita tak kenallah hati budi dia macam mana. Betul tak ? Yang peliknya, ramai puulak yang buat ungkapan sendiri "Tak kenal maka nakbuat buat kenal." Walaupun bunyi dia lari jauh, tapi itulah keadaannya sekarang. Masa zaman zaman FB dulu, aku pernah dapat satu "serangan" dari seorang yang aku pon tak kenal, *dan aku rasa aku taknak bercinta pon dengan dia kalau kenal pon* yang mengatakan bahawa aku ni seorang yang sombong dan mengakibatkan ramai yang tidak berpuas hati dengan aku.*cop cop* Sekarang ni masalah siapa ? Aku sombong ke, aku tak sombong ke apa kena mengena dengan engkau ? Kau sakit ke kalau aku sombong ? Duit pencen mak kau habis ke kalau aku sombong ? Adik kau masuk ICU ke kalau aku sombong ? Whats the big deal ? Aku tak kenal kau, kau tak kenal aku dan semestinya kau akan kata aku sombong. Pernah tak kau datang depan aku kata "Hii"? Tak kan ? Habis tu mana kau tahu aku sombong ? Cara aku mendongak ke langit ke ? Aku jalan catwalk Tyra Banks ke ? Tolong lah jangan nak buat andaian sendiri. Kalau ada yang tak puas hati sebab aku sombong, aku tak boleh nak kata apa. Aku tak pernah usik orang, aku tak pernah kacau hidup orang. Kau nak sakit hati sangat kenapa ? Kau sentap aku tak layan engkau ? Beb, kita kenal pon tak. Takkan tiba tiba aku nak menggelabah tetek datang kat kau nak borak borak macam kita ni kawan lama ? Fikir lah, bukan masalah aku sombong, ni masalah kau sendiri yang cari.

SESAT DI KUANTAN PARADE

Hujan mulai turun dan menghempaskan diri menjadi seribu bahagian apabila menghempas permukaan Bumi yang kasar dan berdebu. Aku yang memiliki lesen memandu secara sah sudah lali dengan kesesakan lalulintas bandar Kuantan yang tidak membangun ini laluku menggapai kunci motor di atas sofa dengan rakusnya menuju ke arah pintu keluar. Aku ingin kebandar untuk membeli Butterpaper, sehelai kertas separa lutsinar yang membolehkan aku melakar sesuatu diatasnya dan diperlukan untuk aku menghantarnya di meja lecturer awal pagi besoknya. Ku start motor dalam linangan air hujan yg kini mula membasahi tubuhku yang kurus namun seksi bak Rihanna dalam videoclip Umbrella. Ku tunggang motor dan meluru ke arah jalanraya yang kian lengang. Kedai buku yang dituju telahpun tutup. "Sialan ! Baru pukul 9.15 dah tutup ?" Lalu ku mengubah perjalanan ke arah yang lebih berliku dan penuh dengan onak duri, sebuah bangunan yg agak usang, berdiri tidak bermaya, Kuantan Parade. "Bila lahh nak roboh Kuantan Parade ni, kesian pulak aku tengok." desis hati sinis. Ku parking motor dan berjalan penuh waspada ke arah pintu masuk utama KP. "Kat mana kedai buku eh ? Dah berbelas tahun aku duduk Kuantan ni, amat jarang sekali untuk aku membawa kaki ini bersiar siar makan angin di dataran Kuantan Parade." Ku harungi KP floor by floor, sambil lagu JLO On The Floor berkumandang penuh rancak di gegendang telingaku. Jam menunjukkan pukul 9.45. Bunyi keriuk besi penghadang berbunyi bersilih ganti memandakan banyak sudah kedai yang sudah tutup. Ku mencari dimana berdirinya tulisan megah yang memampangkan "kedai alat tulis" di mall terbabit namun gagal. Akhirnya, ku meramahkan diri yang lemah ini untuk menyapa seorng auntie yang kelihatan seperti tidur di sebuah peti yang menmpatkan buah buahan, agaknya letih menunggu customer yang tidak kunjung tiba. "Amm, tumpang tanya. Kedai buku kat mana ?" "Kedai buku apa ?"sapa auntie terkejut. "Kedai alat tulis." "Ohh, tingkat bawah sana, first floor." Dengan ucapan Thank you sebagai balasan, ke menuju ke 1st floor dengan angkuh dan bongkak sebelum gagal lagi berjumpa dengan kedai yang dimaksudkan. Kelihatan 2 anak dara sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah selepas berjaya menutup gerai mereka lalu ku sapa. "Tumpang tanya !". "Ehh ! Terkejut aku. Yaa kenapa ?" latah kakak bertudung hitam. "Kat sini ada kedai buku tak? " sapa ku penuh confident and arrogant. "Ada Pustaka Saujana dekat bawah ni, awak turun tangga terus jumpa."sapa seorng lagi anak dara di bahagian belakang kedai. "Okayy terima kasih". Ku melangkah laju ke arah tangga yg membawa ku menuju ke bawah dan akhirnya terpampang megah "Kedai Alat Tulis Pustaka Saujana." Dengan senyuman hambar, ku meluru masuk ke dalam kedai dan mencari apa yang sepatutnya dibeli.

Moral of the story; Explore lah semua mall yang ada di negeri anda supaya anda tidak sesat dan memalukan diri sendiri untuk bertanya seperti anda ini visitor dari Africa.

SERIKAN HIDUP ANDA DENGAN DRAMA, OR ELSE IT WILL BE BORING.

Panas mentari mencemburui kulit hitam manisku ini pada tengahhari 28 September ketika aku meluncur laju menaiki object merah beroda dua menuju ke rumah. Pelbagai kerja perlu diselesaikan. Otakku kusut dengan task, assignment yang perlu dihantar pada keesokkan harinya. Mukaku dibelai manja oleh deruan angin udara atmosfera Semambu yang sekali sekala datang habuk habuk jahanam dari trak trak pengangkut tanah sehingga mengaburi penglihatan InnerShine Power Prun ku. Sampai di rumah, solat didirikan. Barang barang keperluan untuk submition besok masih belom dibeli. Ku merentap penuh ghairah kunci kereta dan menekan pedal minyak penuh waspada disamping melepaskan handbreak menuju ke rumah Alipp, sahabatku yang kelihatan selenga, tetapi sangat gila gila. Kami memulakan perjalanan ke bandar Kuantan, bandar yang kecil, tiada pembaharuan dan lambat pemesatan pembangunannya. Menuju ke sebuah bangunan usang yg diberi nama Kompleks Teruntum. Kami mencari parking lot dan mula menerjah bangunan usang tersebut. Kami tercari cari dimana letaknya lif ? Maygod, bukan main susah lagi nak cari lif, signboard pon takda. Akhir sekali, sebuah mesin keluli yang mampu menampung kami untuk terbang ke tingkat 21, Pejabat ASPA telah berjaya dijumpai. Loceng berbunyi menandakan kami telahpun sampai ke tingkat 21, ku belok kiri dan berjumpa dengan orang yang sepatutnya bertanggungjawab diatas pemberian wang yang tertangguh sebulan yang lalu. Setelah urusan selesai, RM300 cash diserahkan.


Sesudah keluar dari parking lot Kompleks Teruntum, kami dengan angkuh meluru ke mall yang paling disayangi masyarakat Kuantan, Megamall. Ku parking kenderaan 4 roda silver berhadapan dengan kedai makan. Sesudah keluar dari kereta, ku perhatikan keretaku senget benget, hampir suku kereta terkeluar daripada kotak parking. *nampak sangat lesen beli*. Tiba tiba Alipp bersuara lantang.

Alipp : Eh Arab, kau tak letak kupon pon !
Arab : Ohh kena ke ? --"
Alipp : Yelahh.
Arab : Jap, aku check ada ke tak *sambil meluru ke arah kereta dan membetulkan posisi kereta supaya kelihatan lebih senonoh sedikit.
Alipp : Ada tak ?
Arab : Jap, haaaa, ni diaa.
Alipp : Ni kupon NEGERI MELAKA ! HAHA
Arab : Oh yeke ? Mana ada kupon lain dah.
Alipp : Kau tengok, kereta belakang dah kena saman dah.
Arab : Haaaaaa ! Apa kata kita amik kertas saman dia, lepas tu letak kat atas kereta kita. Mesti JPJ ingat kereta kita dah memang kena saman. Takkan dia nak saman

kereta kita lagi sekali kan ?
Alipp : Yeke ? Kalau dia check no plat lain mcmmana ?
Arab : Dia takkan check punya. Dia pon dah malas nak check banyak banyak kali *dengan gerak perlahan menuju ke arah kereta WAJA yang parking di belakang kereta ku.

Kelihatan Surat Saman JPJ melambai lambai penuh lesu terselit di bawah "wiper" kereta nya.
Alipp : Weyyy ! Kesian diaaa. Nanti kalau dia tak bayar saman dia mcmmana ? Nanti dia tak tahu dia kena saman.
Arab : Alaaaaa, sekejap je. Nanti kita letak lah balik *merentap surat saman penuh drastik dari wiper kereta WAJA dan meletakkan di bawah wiper kereta sendiri sambil

memandang kanan dan kiri, khuatir diperhati* Okayy dahh, jom !



Setelah berjalan dengan langkah yang laju, segala keperluan yang diperlukan tiada terpamer untuk aku beli.

Arab : Takde laaa weyyy, jom laaa ECM ! Jap, sebelum tu kedai mana yang ada display rambut palsu ? *menuju penuh dramatis ke arah excelator sambil ghairah bercerita*
Alipp : Emm tak tahu laaa.
Arab : Aku nak curi ni. Nak buat shooting. Curi betul betul ni, bukan tipu tipu.

Sesudah sampai di tingkat dua, terpamer beraneka rambut palsu yang digayakan patung lilin yang lesu.

Arab : Alipp, tu ada banyak. Jom !
Alipp : Arabbbbb, tuan kedai ada kat luar tu !
Arab : Aishhhh, jom la cari kat ECM !

Langkah yang diorak bertambah laju tatkala nafsu untuk mencuri rambut palsu kian memuncak. Kami kembali ke arah kereta dan merentap Surat Saman kepunyaan kereta WAJA di belakang tadi. Pabila ku toleh ke belakang, kereta Waja tadi sudah tiada !

Alipp : Arabbbb ! Kereta tu dah takda !
Arab : Haaahhh laaaaa, kesian diaaaaa *sambil membuka pintu kereta dan start engine tanpa emosi*
Alipp : *memasuki kereta sambil membelek belek Surat saman* Kesian kereta tu weyyyy. Mesti dia kena denda sebab tak bayar saman.
Arab : Biar jelahh, mesti dia hantar surat kat rumah orng tu ke apa. *menekan pedal minyak dan bersedia untuk bergerak ke ECMall* EHH JAP ! LAGU BEST ! SELENA ! *lagu

Selena Gomez rancak berbunyi di kedai CD berhampiran. Kaki di pedal brek dan handbreak direntap penuh rakus sambil tingkap diturunkan* Kita dengar lagu jap !
Alipp : Okayy *sambil membelek belek surat saman tak sudah sudah* ..MAR 75**.. Kesian diaa..
Arab : MAR ? MAR ?! EHH ! TU LAAA MAR ! *kelihatan sebuah kereta WAJA bernumber plat MAR 75**.
Alipp : KEJAR ARAB !
Arab : OMJAYY OMJAYY ! *menekan pedal minyak dengan kuat dan meninggalkan Selena Gomez menyanyi seorng diri..
Alipp : Diaa ikut kanan ! Cepatt !
Arab : OMAJAYY, OMJAYY!
Alipp : Eh ! Mana kereta tadi ? Mesti dia ikut kiri punya, cepat betul hilang !
Arab : *membelok ke lorong kiri, patuh.* Haaa ! Tu diaaaaa !
Alipp : Mana ?
Arab : Ada kat depan tu ! Waja, aku nampak ! *mengejar penuh beria ia.
Alip : Yeke ?
Arab : Ye. Siapa nak turun ni ?
Alipp : Ehh bukan laaa arab ! Tu BAH ! Bukan MAR !
Arab : Laaaaaaa salah kereta ke ? Habis tu MAR tadi pergi mana ? Baru nak tolong.
Alipp: Emm, kita pg ECM jelahh.
Arab : Jomm *memandu ke ECM.

Ticket masuk parking direntap penuh angkuh dari mesin tol dan parking begitu mudah untuk dicari pada waktu tersebut. Kami meluru ke kedai alat tulis untuk mencari bahan yang diperlukan untuk membuat assignment. Setelah bahan yang dicari gagal dijumpai, misi mencuri rambut palsu masih diteruskan. Kami mula mencari butik yang mempamerkan rambut rambut palsu dan akhirnya terjumpa sebuah butik di tingkat 1.

Alipp : Arab, yang tu *sambil menunding ke arah sebuah patung yang bermbut panjang*
Arab : *memandang orang disekeliling* TARIK CEPAT ! TAKDE ORANG PANDANG.
Alipp : *menarik perlahan lahan rambut palsu tersebut yang mengakibatkan rambut itu senget ketepi * ADA MAKCIK KAT DEPAN TU !
Arab: Aishhh ! Mana pulak datang Pak Guard ni !
Alipp : HAHA, *menjauhkan diri dari patung bermbut panjang tadi * Ha'ah laaa, mana datang pak guard ni ?
Arab : Susahh laaaa. Patung lelaki kat hujung tu senang kot, sebab tak ramai orang nmpak.
Alipp : Jomm, aku buat buat tengok barang.
Arab : *menarik perlahan lahan rambut patung lelaki itu namun gagal lalu memanggil Alipp. "Ketat laa nak tarikkk !"
Alipp : Yeke ? Ramai orng pandang laaaa, susah.
Arab : Jom ahh blaaa, curi tempat lain jelahh.
Alipp : *berdegil dan berpura pura membelek baju*
Arab : Alipp, JOM! Apa apa hal, kita keluar ikut tangga kecemasan !
Alipp : *kebingunggan.
Arab : *merentap dengan tangkas rambut palsu perang kepunyaan patung lelaki terbabit lantas membawa lari ke arah tangga kecemasan, Alipp muncul beberapa saat selepas itu.* JOM BLAAA JOM ! *meluru ke arah kereta sambil menyorokkan rambut palsu di dalam baju, yang aku rasa mencurigakan orang ramai yang berada di situ.*

Akhirnya, rambut palsu berjaya dicuri dan mungkin akan muncul di dalam video ISAYPHOTOGRAPH kami yang terbaru nanti, Insyaallah ! Okbyee, nak lepak !

PANTUN SITI ARBAAYAH.

Rosnah Mat Aris ramai nak sambar,
Pakai baju nampak lurah,
Sudah ku bilang jangan percaya gambar,
Kulitku gelap bukannya cerah.


Sakai busteng kau gelak apa,
Perasan stylo berselipar Jepun,
Lantak aku lah nak pakai apa,
Bukannya pakai duit mak kau pun.


Orang mengata malas nak layan,
Kau usik aku "wa lempang muka lu",
Kalau ditegur tidak dilayan,
Bukannya sombong tapi malu.



Anak ikan dilambung lambung,
Jangan "lambung" sangat nanti masuk neraka,
Perasan bagus, bajet dan sombong,
Itu semua fitnah belaka.


Tunjuk dada nampak biadap,
Kena lempang kat atas muke,
Kau panggil aku "budak baru nak up",
Asal ? Kau "up" sangat ke ?



Pantun merapu hanya gurauan,
Bukannya nak mengata siapa siapa,
Kalau ter "sentap" maaf lah kawan,
Kau yang terasa, aku peduli apa.

LUAHAN SI LANGSIR KEPADA JENDELA

Walaupun tajuk entri "tak nak kalah," Ada Aku Kesah ? Salam Se Malaysia. PLKN. Satu tempat yang mengumpulkan tenaga tenaga muda untuk dilatih supaya dapat berkhidmat untuk negara pabila diperlukan kelak. Dengan usaha gigih para jurulatih melatih pelatih sehingga letih, 3 bulan sudah mencukupi untuk memenuhkan ilmu "survival" di dalam diri pelatih pelatih yang terpilih. Pelatih bukan sahaja diberi kelengkapan pakaian, tempat tinggal, makanan *walaupun ikan kalau baling kat dinding, dinding pon pecah* malah akan dianugerahkan sijil bagi mereka yang berjaya menamatkan latihan dengan jaya. Iaitu Sijil PLKN yang ditandatangani oleh bukan calang calang orang. Tetapi persoalannya, apakah fungsi sebenar Sijil PLKN tersebut ? Sehelai kertas kuning bercap mohor megah, tertera lambang kerajaan, dicoret tandatangan "orng besar" dengan pen mewah ? Tetapi, apakah fungsinya kepada pemilik sijil itu, yakni, bekas bekas pelatih PLKN. Bukan senang untuk menghabiskan latihan disana memandangkan situasi di PLKN tidak seindah khabar. Indah lagi wajah Encik Akhbar, jiran nenekku. Katanya Sijil PLKN itu bila ditunjukkan kepada mana mana pihak berkenaan, sedikit sebanyak dapat membantu mana yang patut. Tp, sebaliknya pulak. Sijil itu langsung tak membantu, malah diam membisu tanpa restu --" Markah KOKO dinaikkan - DUSTA. Membantu dalam kemasukkan ke IPTA/IPTS - DUSTA. Diberi keistemewaan untuk tidak menyertai aktivti di IPTA/IPTS - DUSTA. Dimana KEBENARANnya sedangkan semuanya DUSTA ! Sungguh menyakitkan hati setelah mendapat tahu bahawa sijil yang begitu susah untuk diperolehi selama 3 bulan tiada nilainya. Mengapakah terjadi keadaan sedemikian ? Bekas bekas pelatih PLKN diberikan layanan sama rata denagn "bekas bekas Tupperwear" yang lain. Sedangkan "bekas bekas Tupperwear" yang lain hanya duduk bersenang lenang di rumah menikmati popcorn caramel yang tidak habis ketika tengok wayang bersama rakan petang semalam sambil kaki disilangkan dan remote TV dibelai manja di tangan untuk menukar siaran dengan sesuka hati. Sedangkan kami, warga PLKN direndam di dalam lubuk, dijemur dibawah terik kerakusan Mentari, di paksa berlari merentas desa, pekan, bandar metropolitan. Segala usaha, titik peluh, berpulas keringat, menggoreng pengat, kena sengat, penat tak heeengat. Inikah balasannya..

KEJADAH MEMBAWA PADAH

Satu petang diamana kami berempat, Aliff, Faie dan Hassan sudah lali dengan ketidakperkembangan bandar Kuantan dan hanya merayau di tempat yang sama setiap minggu, ECMall. Kami bercadang untuk mengucarkan Carefour. Apa lagi , FAKE SHOPPING laa ! Ambik bakul and campak semua benda sebanyak yang boleh dalam bakul tu. Ada lahh Planta, tepung kek, sauk ikan, glove getah, roti, sampai kobis pon kitaorng timbang sebab boring punya pasal. And lastly, bakul tu kiteorng tinggal dekat section minyak wangi. Mean -- Bosan tak habis lagi, otw nak balik, sementara tunggu Hassan membayar ticket parking yang aku rasa mengambil masa yang agak lama untuk dia bergerak dengan pantas, sebuah tragedi bermula apabila aku, secara sengajanya telah mengheret kon yang diletakkan sebagai penghadang jalan, aku seret disepanjang jalan aku ke arah kereta. Distu terdapat beberapa buah keluarga yang memandang pelik dan mensyaki aku ingin mencuri kon tersebut. Aku akhirnya meletakkan kon itu di belakang kereta orang. Saja buat khianat. And lepas dah masuk kereta, sebuah motor yang dinaiki seorng guard meronda penuh waspada mencari sesuatu. Aku mensyaki yg dia sedang mencari kon yang hilang secara misteri tersebut. Beberapa minit, Hassan muncul dengan pantas, sekali pandng seperti Dementor yang meluncur laju membelah angin dingin. Aku memandu dengan penuh tekun ke arah signboard EXIT. Tiba tiba, aku terpandang seorng guard sedang menunding nunding ke arah keretaku. Aku berkata kepada Hassan "Aku salah jalan ke weyy ?". Hassan membalas dengan nada yang cemas sambil memegang beg plastik AyamMas, "Cepat Arab, cepat ! Dia kejar tu !". Dengan ketangkasan kaki model ku, ku memijak pedal minyak dengan kuat dan kereta pancuan empat rodaku meluncur laju, selaju hujan renyai yang membasahi cermin keretaku. "Cepat weyy ! Dia kejar tu ! OMG ! OMG !". Tibatiba kereta kami diserbu dalam 3 orng Security Guard. Aku membuka cermin tingkap dan membuat nada biasa "Yaaa ?". "Bukak !" sapa Security Guard yang mengejar tadi dalam keadaan termengah mengah. "Bukak apa ?" tanyaku penuh tanda tanya. "Bukak but kereta belakang" kata Security guard. Hassan di seat pemandu sebelah kelihatan rungsing, tetapi tetap tidak langsing. "Asal weyy? Asal wey ?". Security bertanya kepada kami,"Ada seorng chinese bagitahu kami yang korang ada ambil kon, ada tak ? Terambil ke, teralih ke ?". Aliff berdrama "Kon ? Kon apa pulak ? Takde takde." Setelah kereta kami digeledah seperti cerita CSI MIAMI, siap cari cap jari, sampel rambut semua --" dan dikerumuni orang, akhirnya kon tidak dapat dijumpai. Akhirnya Guard itu meminta maaf kerana menuduh kami. *padahal memang kiteorng yang buat.* Lepas tingkap ditutup, kereta penuh dengan hilaian gelak ketawa. Memang lawak laaa sampai kena kejar guard, kena geledah kereta semua. Adoiii, macam macam. Hassan yang masih buntu kerana tidak tahu menahu dalam kes ini kerana pergi membayar ticket tadi kelihatan panic dan hampir pitam. Kami explain kepada Hassan berkenaan kon yang kami alih tadi. Yes, we're that crazy.

EEEEEE KECIKNYA SELUAR AWAK.

Sebuah kenderaan pancuan empat roda sedang berjalan perlahan dan berhenti secara tibatiba untuk menyapaku. Tingkap dibuka dan kelihatan seorng wanita berbadan gempal, bermuka kodok, duduk di seat pemandu yang betul betul muat size kerusinya memandang ke arah ku atas bawah sambil berkerut dahinya..

Perempuan : EEE ! Keciknya seluar awak ! *buat muka*
Aku : Hanya tersenyum hambar dan diam membisu.
Perempuan : Awak nak jadi perempuan ke ? *dahi berkerut*
Aku : *tersentap* Darah mula menyirap dari hujung kaki merayap sampai ke hujang rambutku yang ikal mayang.
Perempuan : Awak kursus apa ? Seni bina ?
Aku : Emm, haah. Seni bina *tergagap menahan marah*
Perempuan : Kalau awak masuk class saya next semester, saya akan make sure awak repeat semester sebab seluar awak tu. Kalau nak jadi lelaki, jadi lelaki sejati yang betul betul lelaki lahh. EEE ! *buat muka sambil memulas stereng dan beredar melalui satu selekoh keluar menghala ke jalan utama.


Okayy, lets discuss Biatch ! First, kau siapa ? Kau siapa nak cakap dengan aku macam tu ? Kau siapa nak suruh aku jadi lekaki sejati ke, lelaki kayu meranti ke, lelaki kayu cengal ke ? Kau siapa nak cakap biadap dengan aku macam tu ? Kau siapa nak buat buat muka dengan aku ? Kau dengan salam pon takda, main serbu orang je. Kau tak kenal aku siapa. Aku boleh jawab semua jawapan kau la, cuma aku respect je kau lecturer kat tempat aku. Second, apa kena mengena pakaian dengan akademik ? Ni lah Malaysia kalau nak cakap ! NARROW MINDED ! Tolong lah contohi sikit luar negara tu. Even rambut panjang, seluar skinny, baju singkat, kalau dah pandai tu, pandai jugak. Tak payah la nak arah orang pakai slek, kemeja besar, rambut berminyak sikat tepi. Kau tau tak disebabkan tu, confident level seseorng boleh jatuh and menjejaskan keputusan akademik dia ? Akademik dengan pakaian takde kena mengena lah makcik ! Asal kau nak aku repeat semester pulak hanya disebabkan seluar skinny aku ni ? Apa yang tak sopan sangat ? Aku pakai skinny nmpak lurah ke ? Aku pakai skinny buat kau ghairah ke ? Tolong lah jangan berfikiran sempit ! Suruh contoh negara luar kau cakap "Agungkan negara luar !". Memang patut agungkan. Sebab deorng tak Narrow minded macam orang Malaysia. Dari segi agama pon tak salah lelaki nak pakai ketat pon. Yang salah perempuan. Sepatutnya aku yang sound kau kau tahu tak ? Harap pakai tudung. Dah la singkat, tak tutup dada. Baju ketat, kau pakai dah macam belon air orang main baling baling tu, lengan pendek. Aurat kau kat mana perempuan ? Lelaki sejati ? Ada kena mengena dengan pakaian ? Sam Bunkface bukan lelaki sejati ? Amy Search gay ke ? Awie dulu dulu homo ke ? Tolong lah jangan nampakkan sangat kebodohan kau tu. Cara kau cakap tu tolong lah bersopan sikit. Ada aku tengking kau ke kalau kau ckp elok elok ? Aku boleh terima la kalau kau tegur elok elok. Dengan attitude kau yang macam sial tu aku dah hilang hormat kat kau even aku akan menuntut ilmu dengan kau next sem. Kalau betul kau boleh buat aku repeat semester hanya disebabkan aku pakai skinny, cubalah. Akan terserlah lah kebodohan kau di khalayak ramai nnti. Kau ingat orang pakai skinny ni takda disiplin, bodoh, tak berdisiplin ke ? Sorry, youre wrong. Yang hakikatnya kau jealous sebab kau tak boleh sarung skinny pon kat kaki kau. Mungkin sampai kat buku lali je kot ? Sorry biatch, wasting my time.

RAYA VS MERDEKA *RANDOM

Heyy bloggahs. Im Arb Yusry and im here to wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke …. Ammm, aaaaaa, errrrr, yang keee, ammmmm. Okayy, I tak ingat –-" Whatever it is, yang tengah bakar lemang, menganyam ketupat, pasang langsir, masak rendang, lap tingkap, lap meja, lap sofa, lap muka, lap lantai, lap sana lap sini tu berhati hatilah ketika membuat persiapan terakhir menjelang Syawal ni. Kang ada yang Raya tak cukup sifat ni karang. Yang pasang langsir tu baik baik, ada yang tertonggeng jatuh tangga tu karang. Beli tangga yang berkualiti sikit. Biar mahal takpe. Macam yang kita selalu tengok dalam drama tu, semua salah tangga. Tangga tercabut la, tangga reput la, tangga terpatah lahh. Yang frust bercinta tu jangan lahh sampai nak terjun dalam Rendang Ayam tu. Nak bunuh diri, bunuh tempat lain. Ketupat tu anyam betul betul. Yang tak reti, tengok nenek korang buat macam mana. Kalau nenek korang tak reti buat, tengok moyang korang buat macam mana. Kalau moyong korang tak reti buat, Google jelahh. Orang zaman sekarang ni ketupat semua beli kat kedai je. Yang tradisional jarang orang dah boleh buat. Sambil sambil kemas rumah tu, pasang la sekali bendera Malaysia kat luar rumah tu. Kalau boleh besar besar. Biar lah jiran nak mengata, asalkan senang orang nak datang beraya. "Jemahh, rumah kau yang mana eh ? I tak ingat lahh.""Kau jalan straight, ada satu rumah yang dibaluti bendera Malaysia tu, haa, tu laa rumah I." Haaa, kan senang gitu. Bukan apa, orang sebok nak beraya sampai Merdeka pon dilupa. Channel TV pon serba salah nak pasang cerita apa. Merdeka ke, Raya ke. Nak pasang cerita Raya banyak banyak kang kena maki, nak pasang cerita Merdeka banyak banyyak kang kena baling Maggi. Pandai pandai laaa awok orang ye. Yang penting, balik lah beraya tu. Jenguk nenek. Mentang mentang duduk KL dah tk reti reti nak jenguk orang tua tu kat kampng ? Kau dh kenapa ? Culture Shock sangat ? Justin Bieber sangat lah kau duduk KL ? Paris Hilton sangat laa ? Sambil sambil balik kmpng tu, check la kereta tu dulu. Kang tengah tengah jalan tayar tercabut la, stereng tercabut laa, pedal minyak tercabut laa. Kang bergaduh laki bini dalam kereta tu. Bukan apa, takut jiran sabotaj kereta kita. Maklumlahh, jiran dengki dia tak dapat balik Raya macam kita. Haha, joking. Sehari sebelum Raya ni, sebelum balik kmpng tu, mintak maaf lah dengan jiran jiran tu. Korang dah la pinjam lesung batu dia buat belacan, pinjam blander dia buat Iceblanded Mocha, pinjam pinggan dia nak buat kenduri, pinjam laki dia nak buat onani, pinjam alas kaki dia nak buat lap pinggan apa apa semua tu. Lepas tu, tak reti reti pulak nak cakap terima kasih ? Haishhh. Yang tengah baca blog ni dalam kereta *wahh* pandu pelahan lahan. Bukak radio tu kuat kuat. Jangan sampai tertidur. Bukak laa lagu Avril ke, Rihanna ke, Amy Winehouse ke. Kalau rasa nak tertidur sangat tu, cepat cepat jerit kuat kuat. Biar isteri kat sebelah tu terperanjat and pukul korang guna handbag sampai korang tersedar dari mengantuk.Yang nak potong lane korang tu, jangan bagi ! Senang senang hati je nak potong. Kalau dia potong korang, korang senyum jee. Lepas tu, baru potong balik ! Jangan bagi can sangat. Lepas tu, kereta tu bawak la laju sikit. Jangan nak terhegeh hegeh sangat. Nenek I pon standard bawak kat highway 180km/j okayy ! Tak malu ke korang yang bawak 60km/j tu ? Eeeeee, mesti lesen beli kan Nek ? Ignore my words. Yang paling penting jaga keselamatan. Tak kira berapa laju yang korang bawak asalkan mematuhi isyarat jalanraya. Kalau 60 tu 60 lahh, kalau 100 ti 100 lahh. Jangan mentang mentang kau pakai Estima, nak bawak sampai 600km/j. Haaaa, terus ke kubur lahh jawabnya. Papepon, Selamat Hari Raya buat followers and bloggers yang suka baca blog i ni. Peminat diluar sana, boleh bank-in duit Raya dalam account bank I.And hantar hantar lahh kad Raya. Boleh I bakar buat masak lemang nanti *MEAN ! Segala kekasaran dan terlepas kata dalam blog ini harap maaf. Saja je nak suka suka. Hidup ni kalau serious sangat, ramai lahh orang yang kemurungan. Lepas tu ambik dadah. Lepas tu terima padah. Lepas tu jumpa pulak Kak Dah. Mintak sejadah. Insaf pulak dah. Ni semua gara gara siapa ? Gara gara awok orang la yang ambik serious sangat. Save drive, Selamat Hari Raya, Selamat Hari Merdeka and Big Sorry from me too yaa awll niggahh ! Muahh !

PAK ROSMAN TAK MAKAN SAMAN.

Yaww wazzup ! *tumbuk tangan. Harini macam semangat sikit nak berentri. Jari jari kurus ghairah menekan papan kekunci dikala ingin menge post entri baru diantara malam malam Lailatul Qadar. Entri kali ini berkenaan dengan isu bertapa panasnya Masjid Indera Mahkota Tengku Ampuan Afzan. Memang dah lama nak mengutuk dalam blog ni tapi asyik lupa dah. Maklum lahh, Mak Kiah ni anak baramai, suami pon ramai, ayam ayam tu pon kadang kadang lupa nak kasi makannya. Habis mati dok dibaham ular. Okayy diam. One of my friends just post something pasal ketidakselesaan dikala menunaikan solat di dalam masjid berkubah biru tersebut. Aircond keliling masjid, tapi aircond hok lama punya. Memang tak rasa lahh. Dah laa tingkap pon tutup rapat. Kalau sembahyang Tarawih mmg berbahang la dalam tu. Kita ni dah rasa macam Kuih Bakar yang diletakkan didalam oven di Bazar Ramadhan untuk dihidangkan kepada para muslimin dan muslimat yang rakus membeli sebagai santapan untuk berbuka --" Bukan apaa, bila tengok dekat Board "Kutipan Derma Bulanan" tu harga pon boleh tahan banyak yang orang sedekah untuk masjid. Tapi hasilnya kita ttak nmpak untuk penambahbaikan masjid. Sepatutnya duit tu belilah barang barang untuk keselesaan Pak Rosman nak sembahyang. Ni Pak Rosman sampai berpeluh peluh nak sembahyang. Entah khusyuk ke tidak orang tua tu. Kalau pengsan Si Rosman tu karang siapa nak menjawabnya ? Bininya dah laaa belajar sampai ke Australia sana. Yelaaah, duit derma tu sepatutnya belilah aircond baru, tak pon kipas kipas kecil supaya jemaah jemaah lain mcm Pak osman tadi khusyuk nak sembahyang. Lagi lagi time nak sembahyang Jumaat. Dah la tengahhari, orng ramai pulak. Bawak bawak mensyuarat la yee AJK Masjid Tengku Ampuan. Mintak Ampun banyak banyak ye.

Ni lagi satu pasal budak budak yang pergi sembahyang ni. Nama je PERGI SEMBAHYANG. Tapi hakikatnya sekadar pergi je. Sembahyangnye tidak. Dok Hu Ha Hu Ha dekat belakang van mayat tu. Ya Allahh, kalau setakat datang masjid nak berborak belakang van mayat, baik kau duduk rumah, update blog ke, Skype ke, Facebook ke. Kenapa ? Takut mak marah kau tak pergi sembhayang ? Jangan nak takut laaakat mak kau tu. Takut kat Tuhan tu. Jangan nak hipokrit sangat pakai lengkap baju melayu sekali dengan songkok tapi tak sembahyang pon. Tu takpe lagi, jenis tak kacau orng. Ni Anak anak Terbiar siapa entah main lari sana, lari sini. Dulu time sekolah orng suruh masuk Merentas Desa tanak ! Dah kat masjid baru sebok nak menunjuk bakat. Orang orng tua ni bukan apa. Saja nak mengajak anak anak deorng membiasakan diri dengan masjid. Yang itu memang betul laaa, yang bagus tu bagus laa. Yang tak bagus nya dokk biarkan anak main lari lari Merentas Saf, menjerit sana, menjerit sini. Ingat ni main Explore Race ke ? Lain kali kalau dah bawak anak tu, ajak la dia duduk kat sebelah. Cukup cukup la main. Aku tengah sembahyang ni pon jadi geram. Dok memekak mekak macam nak menjual sayur. Nak lempang kang anak orng, nak maki kang tak sampai hati. Jadi aku biar jelahh. Nak buat macam mana kan. So, itu jelahhh entri pada harini. Saja je nak meluahkan apa yang berlaku dekat korang korang, kaum Hawa, yang tak tahu apa yang berlaku time Solat Jumaat kan. Ni lahh dia, mcm Hari Sukan Kanak Kanak Smart Reader pon ada. Kepada kaum kaum ibu yang ada, kalau rasa anak anak tu ada Syndrom Homohyperasilaptilisalism * hyperactive in scientific, jangan lahh suruh Ayahnya bawak ke masjid. Dia tu belom baligh lagi, takpe, tak berdosa pon tak pergi solat Jumaat. Bukan apa, mengacau Pak Rosman nak sembhyang, kang mengamuk orng tua tu, sakit jantung, meninggal sia sia je karang.

ROSNAH MAT ARIS JUAL FURNITURE, I BUDAK ARCHITECTURE.

Salam hormat dan Salam 1Rosmah. Lama tak update. Harini nak share apa yang Arab buat selama tidak mengupdate blog ini. Semestinya busy dengan task dan assignment dikala kini telah bergelar sebagai seorng mahasiswa . Setiap hari mesti ada je lukisan yang mesti disiapkan. For those yang tak tahu, Arb now at Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu. Course Architecture ni mmg banyak memerlukan creativity dan kelembutan tangan untuk mendesign dan mendrafting. Kadang kadang tu sampai kena Redo banyak kali. Memang tak tido malam lahh kan. Lagi satu, duit. Duit mmg kena banyak guna, sbb equipment dia pon mcm mahal. And everytime nak buat model mesti kena pakai duit. Memang kaya Kedai Runcit Ah Pheng tiap tiap minggu aku melabur duit kat dia. Bak kata pepatah, kuih karipap, seringgit dua biji --" Classmate pon okayy je. Dari mcm mcm negeri ada. So dalam class tu mcm mcm loghat la yg aku dengar. Kadang kadang sampai tak paham aku. Memandangkan aku rasa entri ni macam membosankan dan aku pon takda idea nak type apa, so, kita jumpa di entri yang akan datang. Maklumlah, orng berpuasa. Chowww !

TOLONG ANGKATKAN BESEN, MAK JEMAH NAK BUAT LESEN.

Aku melangkah laju menyusuri lorong 6/8 untuk ke rumah Pakcik S yang akan membawaku terus ke Akademi Memandu memandangkan hari ini adalah hari yang akan menentukan samaada aku berjaya atau tidak untuk menjadi seorang pemandu yang sah dijalan raya yang dinamakan sebagai "Hari Ujian JPJ." Aku bersalaman dengan Pakcik S sesudah sampai dihadapan pintu rumahnya dan terus menaiki kederaan hitam mewah, pancuan empat roda dan terus meluncur laju ke Akademi Memandu. Sesudah sampai, kelihatan ramai orang sedang duduk berborak ghairah di atas bangku konkrit yang dibina khas untuk menunggu. Aku duduk disebelah Shamsul, *sila rujuk entri SEPANDAI PANDAI TUPAI MAKAN BUAH, PANDAI LAGI JPJ MAKAN RASUAH* dan berborak lincah sementara menunggu untuk diuji oleh JPJ. Setelah mendaftar untuk ujian motor, namaku dipanggil untuk diuji. Aku berjalan penuh lemah tetapi ramah menuju ke arah motosikal untuk ditunggang. Aku memilih motorsikal yang paling dekat denganku sambil berbisik ke arah side mirror motor itu, yang aku ibaratkan sebagai "telinga motor" dan berbisik "Be nice !". Sesudah menutupi rambutku dengn topi keledar yang berbau hamis itu, ku selubungi baju SODA, diskaun 50% ku dengan jaket keselamatan yang tergeletak longlai di atas seat motorsikal. Aku memegang nombor 09 iaitu orng ke 09 untuk diuji. Sesudah orang dihadapanku gagal untuk menusuri titi itu, kini giliran aku. "Ameer Ashraf !" kedengaran suara garau menggunakan pembesar suara dari menara penilaian, "boleh mula !". Aku dah cuak. Aku membaca Bismillah sambil memulas gear penuh takbur dan menusuri titi. Semasa di atas titi mulutku terkumat kamid berceloteh "Ya Allah kalau jatuh ni malas aku nak repeat, habis lah duit aku burn nnti macam macam nak beli raya ni, Ya Allah tolong aku jangan kasi jatuh". Hasil doa "express" itu tadi, aku lulus ujian titi dan tersenyum seorng diri kelihatan bodoh didalam helmet kuning yang mungkin telah dipakai oleh ribuan calon sebelum ini. Ujian demi ujian aku jalani dan diakhiri dengan 'Double Stand'kan motor yang aku lakukan dengan mudah seperti bernafas *nada bongkak. Aku kembali ke kerusi konkrit tadi dan disapa oleh seorang abang "Awak baca jampi ke kat atas titi tadi ? Menggelegak je mulut abg tengok td."

Selesai ujian motor, ujian kereta berlangsung. Aku terpaksa menunggu sangat lama untuk diuji memandangkan aku orang yang ke 97/100 pada hari itu. Jadi, penilaian kereta ku dilakukan pada belah petang yang hangat dan membakar kulitku. Kulitku semakin menggelap, dahulu aku digelar sebagai Snow White, tetapi kini aku digelar sebagai Rebecca Black kerana kerakusan Matahari menyinari Bumi. Seorng demi seorng gagal semasa ujian pendakian bukit. Sampai pada giliran ku, aku melakukan dengan perfect ! Ulang suara, perfect okayy *zigzag snap* Dan disusuli pula dengan ujian parking dan Tiga Penjuru. Semuanya dilakukan dengan mudah dan mazmudah dengan sikap mazmumah yang ada pada Mak Jemah. Ketika ingin mengambil keputusan dari tangan JPJ sendiri, aku diacukan soalan yang sering kali ditanya oleh masyarakat awam "Awak penyanyi ke ?" tanya salah seorng pegawai JPJ disitu. Aku mengangguk berbohong dan akhirnya ketawa hambar dan berkata "Tak lah, orang biasa je." *berpura pura ramah untuk mendapat markah lulus* Setelah lulus Ujian Bukit, Parking dan Tiga Penjuru, aku akan diuji di peringkat paling akhir iaitu Ujian Jalanraya. Ku tunggu dengan penuh cermat di atas kerusi kelabu buatan China dengan memegang Kad Penilaian di tangan, bersedia untuk diserahkan kepada JPJ untuk penilaian. Tak lama kemudian, meluncur laju pancual 4 roda yang berkeriut bunyinya, bewarna putih dan berdebu. Aku menuju sopan ke arah kereta kancil tersebut yang didalamnya terdapat sesorng yang aku kenali, berambut kerinting, berkaca mata, berbaju putih dan berkasut Converse, Syamsul. Dibalik cermin kereta, Syamsul kelihatan seperti "diceramah" oleh JPJ pegawai wanita tersebut. Akhirnya shamsul keluar sambil tersenyum hambar. "Mesti pass punya dia ni" ku bermonolog dalaman. Mungkin juga aku ada peluang untuk Pass lepas ni, hatiku melonjak gembira. Tibatiba shamsul bersuara perlahan, "Aku kena repeat" sambil berjalan laju meninggalkan aku, kereta Kancil, dan pegawai JPJ wanita yang sedang menungguku untuk di uji. Hatiku luruh hancur berderai kerana kemungkinan pegawai ini mengambil markah dengan tegas dan takpa bertolak ansur. Ku masuk penuh lemah tetapi ramah seperti masuk ke dalam rumah dan memberi salam. Ku bertanya "Nak start engine balik ke ?". Dengan kaca mata hitam, bertudung lintup dan tangan memegang pen dan Kad Penilaian yang penuh di riba, dia berkata merdu tetapi tegas "Ikut awak lah nak buat macam mana, buat je macam mana cara yang cikgu ajar." Tanpa membazirkan masa, terus aku mematikan engine dan menghidupkannya semula, membetulkan seat, membetulkan side mirror dan signal. Setelah segala tunjuk ajar cikguku telah aku applykan, aku berkata "Siap puan !". Dia mengangguk sambil mencatatkan sesuatu di atas Kad Penilaian sambil berkata "Jalan." Aku menurut sahaja perintahnya dan mula menggerakkan kereta. Tiba tiba PAP ! Engine mati. Aku dah cuak. "Lepaskan clutch pelahan lahan" kata JPJ tersebut. "Jahanam la kau arab, tak pernah pernah mati engine, harini pulak kau nak matikan engine. Sial kereta ni !". Ku menghidupkan kembali engine seperti mana ku hidupkan kembali semnagatku yang kian meruntun *cewah. Ku berjalan dengan lancar menyusuri jalan Gambang. Tibatiba aku terbayang wajah guruku didalam minda. Cikguku berkata "Awak kena pastikan JPJ tu rasa selesa semasa awak memandu. Baru lah senang nak lulus." Wajah guruku hilang pelahan lahan didalam benakku. Macammana nak buat dia selesa ? Tibatiba terdengar lagu Katy Perry - Last Friday Night sayup sayup di corong radio. Aku mula bernyanyi untuk membuatkan dia selesa "Last Friday Night, la la la credit card, hem hem hem la Buelavard". Dengan lirik yang lintang pukang, aku teruskan sahaja menyanyi. Dia yang tibatiba kelihatn seperti Ogy Ahmad Daud mencoretkan sesuatu di Kad Penilaian ku *mesti nak kritik vocal aku la tu ! Dah macam juri AF la pulak aku tengok. Setelah memandu dari satu destinasi, ke satu destinasi yang aku rasa macam game Explore Race, akhirnya berjaya jugak menghabiskan ujian. Dia berkata tegas "Berhenti. Okayy bagus !" sambil mencoretkan sesuatu di atas Kad Penilaian. Kad ini yang akan menentukan samada aku lulus atau gagal ! Kad Penilaian diserahkan kepada aku untuk ditulis nama, IC dan tandatangan. Ku lihat ke arah markah. Nafasku terhenti, terasa sepeti nak pitam, terasa seperti durian dicampakkan ke atas kepala, seperti shampoo Rejoice masuk mata, seperti muntah dalam kereta. Air mata memenuhi liang mata tetapi tidak dialirkan. Markahku...BERSAMBUNG !

SEPANDAI PANDAI TUPAI MAKAN BUAH, PANDAI LAGI JPJ MAKAN RASUAH.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam menyalam dan salam bersalaman. Seperti mana yang dinyatakan oleh tajuk perbahasan kita pada petang ini yaa hadirin hadirat yang menutup aurat, iaitu berkenaan dengan pengambilan rasuah yang terjadi semasa pengujian lesen kereta pada petang semalam. Wartawan popular, Arb Yusry telah dihantar ke tempat kejadian untuk mengupas isu sensasi ini. Berikut adalah catatan beliau semasa di tempat kejadian..

"..yang sedang leka duduk di sebuah kerusi keras buatan konkrit yang amat tidak menyenangkan. Aku duduk disebelah seorng calon yang akan menjalani ujian JPJ sebentar lagi. Aku mula berbual dengannya, berpura pura mesra untuk mendapatkan maklumat *kononnya*. Tibatiba, aku diacukan soalan "Eh, nama kau apa ?". Aku menjawab dengan penuh yakin dan ramah "Ameer". "Ameer apa ?"dia bertanya kembali. "Ameer Ashraf."kataku penuh cermat tetapi berwaspada. "Kau ada blog tak ?" tanyanya sambil tersenyum hambar. "Ada, kenapa ?"kataku curiga. "Blog kau ke Arab Yusry tu ?"pertanyaan itu berdesum laju menusuri lorong telingaku. Rupanya popular jugak blog LISTENDEAF ini yaaa. Ingatkan takda orng baca. Haha, kebetulan pula bertemu dengan peminat di Akademi Memandu ni. Setelah berbual bual sehingga mual, aku diacukan soalan yang amat meengelirukan.

Shamsul : "Kau amik 'Special' ke ? "
Arb : "Special ? Apa tu ?"
Shamsul : "Ala, dia macam kau kena bayar lebih untuk pass ujian ni. JPJ tak amik kesah sangat kalau kau buat silap. Memang kau akan lulus."
Arb : "Kuang hajar, kira mcm rasuah la eh ? "
Shamsul : "Haah""
Arb : "Patut la aku tengok pakcik td selamba je pass time Ujian Bukit tadi, padahal dia tak berhenti pon kat line kuning tu. Pakcik tu amik 'Special' eh ?"
Shamsul : "Haah, pakcik tu amik 'Special'. "
Arb : "Kuang hajar. Berapa kena bayar ?"
Shamsul : "Dalam rm200 macam tu."
Arb : "Asal pakcik yang mengajar aku tu tak bgtahu pon ada 'Special' ni ? Kalau tak aku dah amik dah --"

Berikutan dengan dialog mesra diatas menggambarkan rasuah diberikan kepada penguji JPJ untuk meluluskan ujian calon. Sama seperti membeli lesen. WTH ! Rasuah ini dinamakan sebagai "Special" atau "Anak Ikan". Bagi mana mana calon yang ingin mengambil "Special" atau "Anak Ikan" ini dikhendaki untuk membayar rm200 untuk berjaya lulus dalam ujian JPJ. Patut lah dekat jalan raya tu banyak orng bawak kereta huru hara. Rupanya lesen boleh dibeli dengan mudah sahaja. Amat tidak adil bagi mereka yang belajar mematuhi undang undang jalan raya penat penat sedangkan yang lain hanya membayar wang ringgit untuk lulus ujian pemanduan ! How come !



Salam mesra, salam hormat dan salam satu Malaysia ! Post kali ini akan menceritakan tentang Abang Jawa Penyapu Cream. Dikala malam diterangi Bulan yang mulai bosan dengan kerenah penduduk Bumi yang tak reti bahasa nak tidur, aku berjalan penuh megah menyusuri jalan daripada ECMall ke Megamall yang mengambil masa lebih kurang 10minit dengan berjalan kaki. Dengan langkah laju dan dibebani boot Dr Marten yang beratnya 2 kg setiap kaki, akhirnya ku tiba di pintu masuk suram Megamall. Jam menunjukkan pukul 8.10 diamana aku ingin bergegas ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Sedang rancak berjalan mengikut beat lagu Who Run The World yang dynamic dan groove itu, datang seorng abang yang berketinggian 5 kaki, berambut pendek, berbaju kemeja, berseluar yankee, berkasut hitam datang menghampiriku sambil menghulur mesra kertas brosure bewarna purple manggis. Ku gapai mesra brosure itu. "Abang ni vocalist band ke ?" katanya kepadaku. Aku menidakkan penuh lemah tetapi ramah. Tibatiba tanganku dipegang dan secalit cream diletakkan diatas lenganku. Katanya untuk menghilangkan sel kulit mati. Kenapa ? Aku ni nmpak mcm memerlukan rawatan kulit ke ? Aishh. Tibatiba aku diheret ke kaunternya secara paksa. Dia kemudiannya mula bercerita tentang produk produk pencuci muka tradisional. Hello ? I pakai SKII Okayy, tak main la alovera, buah naga, manjakani ni semua ! *zigzagsnap* Aku pon ingin meminta diri kerana sudah terlambat untuk menunaikan kewajiban solat Maghrib. Tibatiba, secalit cream lagi tersentuh diatas permukaan kulitku, kali ini di muka. Katanya "Kulit abg ni, mitak maaf kata, ada merah merah kat sini, kena pakai cream ni. Eh, abang ni vocalist band lahh saya rasa. Gaya mcm ada band." sambil menyapukan cream keatas mukaku dengn penuh waspada. Dalam hati aku, "Tak habis habis dengan bandnya, tahu la aku handsome. Dah la kutuk kutuk kulit muka aku. Kuang ajar betul !". Akhirnya, dia memasukkan sekotak cream muka ke dalam plastik dan menyuruh aku beli dgn harga rm45. Well excuse mua ! Daripada aku membazir baik aku beli Vitagen ke, tengok Harry Potter for the second time ke, ber McD ke, berjoli sana sini ke. Aku yg kebuntuan dengan hal ini terus berkata "Abang tunggu sini kejap, saya nak ambil duit kejap kat bank." Aku berlalu pergi dengan sepantas kilat, sekali lihat mungkin seperti meluncur deras membelah atmosfera Bumi terus ke tandas untuk mencuci muka yg dicemari dgn cream murah Mustika Rata itu. Berminyak terus kulit muka aku ! Selepas itu, tidak lagi muncul aku digerai cream itu untuk membeli. Hanya helah semata mata untuk melepaskan diri dari sengsara. *waaa.

SESUDU MINYAK JAGUNG

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya pagar yang makan padi. So, apa kena mengena dengan aur dengan tebing sebab isi dengan kuku dah ibarat melukut ditepi gantang. Okayy diam. Harini punya post nak cerita pasal benda pelik yang terjadi pada jam 10.00AM di pondok menunggu bus yang tersergam indah di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Ketika lagu "One In A Million" memenuhi gegendang telinga dengan dynamicnya, tibatiba datang tersipu sipu, bertudung kelabu, berwajah jambu, menikam kalbu keaarahku yang sedang duduk keseorangan menunggu kereta pancuan 4 roda bewarna silver menyusuri jalan berdebu POLISAS untuk menghantarku pulang. Kakak bertudung kelabu itu menyapa dengan penuh mesra dan bertatasusila. Ku cabut earphone dan terlerailah dynamic suara Ne-Yo dari membisikki telingaku dengan lirik lirik lagu yang indah dan romantik. "Adik nak naik bus ke ?" sapa Kakak Bertudung Kelabu tadi. "Amm, tak." aku menjawab sambil menggeleng semangat. "Tolong jaga motor akak boleh tak ? Kalau ada apa apa, tolong alihkan eh ? Akak nak naik atas, sekejap je. Tolong eh." sambil menghulurkan serangkai kunci kedalam tapak tanganku sebelum beredar ghaib menghilangkan diri. Aku terkejut. "Eh biar betul akak ni bagi kunci motor kat aku ?!" ku bermonolog dalaman. Ku genggam erat kunci motor bagi menjaga amanat yg diberikan oleh kakak td. Tak lama kemudian, semasa lagu "Judas" menguasai gelombang gegendang telinga, muncul semula Kakak Bertudung Kelabu itu dari arah belakang. Dengan automatiknya, tanganku menghulurkan semula kunci motor miliknya. "Terima kasih." katanya manis. Dengan dentuman enjin mencemarkan ruang atmosfera bunyi POLISAS, akak tadi meluncur laju diatas motornya sebelum menghilang secara pelahan lahan.

Adakah muka aku sesuci lebaran untuk diberi kepercayaan sebesar itu untuk memegang kunci motornya ? Macam mana pula kalau aku mencuri motornya dengan senang lenang td ? Atau mungkin, dia ada Sixth Sense yang mengatakan aku seorng yg berbudi pekerti, baik hati, tak makan roti, sakit perut nanti, siapa nak ganti, Sosilawati ? Sorry, dah mati. *Astarghfirullah.

POLISESAT.

Jeritan Puan Yati pada pagi Khamis mengejutkan aku bangun dari mimpi mimpi indah, mimpi tentang rakan rakanku yg kini masing masing ghairah mengejar impian masing masing di tempat orng. Ku membuka mata dengan kadar slow motion macam videoclip Halo by Beyonce. Ku jejak kaki ke tikar rotan dan terus menuju ke arah sinki untuk berwuduk dan menunaikan solat Subuh. Waaa, beriman aku ni. Ku tutup semua lampu yang menyilaukan itu dan hanya membiarkan sahaja cahaya samar samar matahari terbit perlahan di ruang atmosfera menerobosi langsir sutera idaman Si Putera. Erghh --" HAHA. Seperti choreography Who Run The World by Beyonce, ku sentap tuala yg tersidai lemah di pintu yang terdiam bodoh dianselnya, kaku tidak bergerak. Ku menuju rakus ke bilik air tanpa membuka lampu. Sinar matahari menerobos melalui tingkap bilik air tepat ke arah cermin yg kemudiannya memantulkan cahaya yg menakjubkan. Waaaaa. Setelah badanku dibasahi air hangat Mesin Pemanas Air Ogama, lantas bersiap siap untuk ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang besar dan berbukit bukau itu. Kereta pancuan 4 roda berdesum pantas melalui jalan raya yang kini sibuk dengan masyarakat yang mengejar kekayaan dunia. Ku semak jadual yang diberikan En Hany Havari, Penasihat Akademik, kepadaku tempoh hari. Kelas pertama bertanda "JMSK" dengan tulisan tangan condong. Setelah puas memikir dimanakah terletaknya makmal F108, sesuatu berbisik ditelingaku "Kalau tak tahu, tanya lah orng, bodoh !"

Ku langkah penuh drama ke Jabatan Hal Ehwal Murid sebelum ternampak seorng wanita di kaunter lantas ku ukirkan senyuman tidak ikhlas sambil bertanya penuh mesra "Tumpang tanya boleh ?JMSK dekat mana ?". "Tingkat atas, aras 1" balas wanita itu. Setelah ucapan terima kasih diberikan, ku bergegas ke aras 1 dengan penuh takbur dan angkuh. Papan tanda "JMSK" terpampang besar di atas sebuah pintu kayu." Tapi dekat jadual tu tulis makmal komputer. Ni pejabat. Haihh ! Takkan aku nak belajar dekat pejabat ?" Aku bermonolog dalaman. Tibatiba datang kelibat kedua pada pagi itu untuk aku bertanya. "Tumpang tanya, JMSK dekat mana ?". "Amm, awak nampak tak pejabat ni ? Masuk, dan tanya orng bahagian dalam." Cehh, langsung tak membantu. Ku ketuk pintu dengan longlai dan menanggalkan kasutku sebelum masuk ke pejabat tersebut. "Ohh, makmal komputer eh ?" kata makcik berbadan agak besar tanpa sebarang face expression. "Haah" kataku tidak berputus asa. "Dekat bangunan belakang ni, ada Cafe, belakang Cafe tu ada makmal computer." Ku melngkah ke arah destinasi yang dinyatakan oleh makcik tadi namun terdapat banyak bangunan yang yg berdiri lesu disitu. Aku mengintai setiap nama class yang bertanda F108 tetapi gagal. Usaha turun naik tangga amat sia sia. Secara puratanya hari ini, aku telah menaiki lebih dari 100 anak tangga ibarat mendaki Kuil Batu Cave di Selangor.

Dengan nafas tertahan tahan dan hampir menangis kerana sudah lewat ke class, ku bertanya dengan kelibat yang entah keberapa untuk aku bertanya pada pagi ini. "Tumpang tanya," ayat sama yang dituturkan tanpa jemu, sebaliknya lebih ghairah kedengaran. "Makmal komputer JMSK dekat mana ? Class F108." Pakcik itu berkata dengan nada terkejut "Eh, ni dekat bangunan belah sana." Aku mengangguk dan meneruskan perjalanan. Bangunan "belah sana" yang dimaksudkan itu adalah bangunan pertama yg aku pergi tadi. Setelah sampai di bangunan yg dimaksudkan, kutanya dengan seorng pelajar disitu. "Cuba tengok dekat area area bawah. Bangunan depan sana." Dalam hati aku "Kuang hajar betul la POLISAS ni, kau nak kenakan aku eh ? Dia ni kata sana, dia tu kata sini. Ingat aku main apa ? Explore Race ? Amaizing Race ? Daytona ?" setan membisik penuh dengan kata kata dusta di telinga. Setelah naik turun tangga dan bermundar mandir selama 30 minit di bangunan yg sama, akuhirnya berjumpa dengn seorng pekerja disitu. Ku tanya dengn penuh ayat ayat drama dan kasihan "Tumpang tanya. Class JMSK F108 dekat mana ? Penat dah saya cari. Orng kat situ ckp kat sini, orng kat sini ckp kat situ. " Pekerja disitu berkumpul membuat satu bulatan untuk membantu aku mencari class. Akhirnya dengan hentakkan tumit tinggi seorng lecture lalu menuruni tangga curam, datang menghampiri bulatan kami. Dah macam Team Explore Race dah masa tu --"

Akhirnya, lecture itu mengarahkan aku untuk menaiki tangga dan terus ke dewan. Sekali lagi, aku menaiki tangga. Tapi kali ini dengan tenaga yang kurang dan tidak bermaya. Tersergam indah Dewan POLISAS di atas bukit. Ku berjalan dengan langkah laju. Sekali pandang, aku kelihatan seperti meluncur seperti Voldemort di dalam cerita Harry Potter yang bersedia untuk menyerang siapa saja yang berada di hadapan. Dengan nafas lega, terpampang papan tanda "JABATAN MATEMATIK SAINS KOMPUTER (JMSK) " sekali dengan anak panah menunjuk ke arah bangunan yang kelihatan baru dari yang lain dan berhawa dingin. Ku masuk ke class setelah 40 minit berlegar mencari class bak Snow White yang kehilangan Epalnya. Ku teruskan sesi pembelajaran buat pertama kalinya dan berkenalan degn rakan rakan yang lain tetapi seperti biasa, lebih suka untuk mendiamkan diri dan hanya tersenyum hambar. Setelah selesai dengan class di makmal computer. Aku ke studio. Kali ini tidak perlu berhabis tenaga, berpura pura ramah, menghabiskan air liur Mak Jemah, dah la breakfast aku tak jamah, mana ada masa nak mamah, pukul 7.40 dah tinggalkan rumah. *rap berpantun. En Hany Havari sudah terlebih dahulu menunjukkan aku studio yang katanya kebanyakkan class akan diajar di studio ini. Class seperti yang dijadualkan, class Basic Design yang menghendakkan aku supaya mendesign sebuat perabut multifunction dan elegance. Waaaaaa. Seronok main lukis lukis. Class akhirnya berakhir 30 minit awal iaitu pada 4.30 petang memandangkan pelajar pelajar lain sudah mela menghantukkan kepala mereka sendiri di atas meja untuk menghilanggkan mengantuk. Kami juga ditugaskan untuk membuat 3 model menggunakan barang barang Recycle and mesti submit sbelum 28th July ini. Dan saya percaya anda semua dah malas nak baca apa yang saya type, kita akhiri dengan pantun 2 3 kerat dari saya.


Rambut baru macam Rosnah Mat Aris ,kau ingat ni Explore Race ?


DIBAWAH SINAR SYAHADAH

Amboii ! Kemain lagi Title. Okayy hari ni nak cerita pasal Hari Pendaftaran Ke Politeknik Yang Gagal. Ohh Gadd ! Penat penat je aku bangun pagi, dengan lolongan dan pekikkan Makcik Yati dengn high pich selaras dengan Mariah Carey dalam lagu My All memekakkan telinga ku pada pagi 5 July menandakan sudah sampai waktunya untuk aku bersiap sedia untuk bergelar mahasiswa dalam masa beberapa minit saja lagi. Dengan langkah angkuh lagi takbur menyambar penuh mesra tuala yang bergantung pada pintu lalu ditelekupkan ke kepala dan ketika itu terasa seperti Yuna Zarai di Kota London kerana suasana agak sejuk pada pagi tu. Ku buka pili air dan terasa kehangatan air panas mencurah ketubuhku yg seksi **tutt tutt tutt tuttt *ditapis. Selesai mandi, Makcik Yati dan Pakcik Yusry membawa aku digerai "Ala Kadar" dan aku hanya memesan segelas Teh O Panas tanda sebarang makanan untuk ditelan pada pagi itu walaupun perutku terasa lapar dan mula menari salsa mamba berentakkan lagu On the Floor by JLO. Macammana nak makan kalau kita rindu kat kawan kawan. Sejak dua empat menjak ni hilang sikit selera makan *padahal semalam Nasi Lemak sampai amik orng punya. Cehh, selesai menghirup Teh O Panas yg sangat panas itu, ditiup penuh waspada kerana takut mencemarkan kemongelan bibirku yg seperti Megan Fox ini, ku tiup penuh angun kearah Teh O Pnas terbabit. Dalam masa lebih kurang 30 minit, hanya 1/3 kuantiti sahaja yang lepas masuk ke perut. Ku tinggalkan Teh O Panas td tanpa belas kasihan. Kami bergegas ke lembah sunyi yang berpapan tanda "Politeknik Sultan Haji ahmad Shah" dan kereta silver beroda empat meluncur penuh megah ke kawasan pendaftaran. Okayy, bapak ramai. Semua dressup macam waiter dekat Zenith --" Okayy, ignore. Aku dikhendaki untuk beratur. Sudah diterapkan dalam diri supaya bersabar untuk beratur ketika aku 3 bulan di kem PLKN Hijrah Penor itu. Jadi, kepenatan beratur itu tidak berapa terasa. Sudah pelbagai rintangan ku rasa. diperli dan dicerca. Okayy, enough. Sesudah sampai di kaunter aku disapa mesra oleh seorng kakak "Jabatan apa dik ?". "Amm, Seni Bina"."Oh, Jabatan Perkhidmatan Awam, rambut tu tolong kemaskan sikit ye dik". Tidak lama selepas ditegur, kedengaran suara yang tidak merdu, berbaur kasar, seperti suara Hagrid di dalam Harry Potter mengaum marah ke arah pelajar yang rambut tidak kemas serta menujah nujah rambut budak tersebut menggunakan pen. Semua mata memandang pegun ke arah suara td. Aku melangkah ke makmal untuk mendaftar secara online. Mataku melilau mencari dewan yang dimaklumkan oleh kakak td, akhirnya terpandang sebuah papan tanda berbunyi "Pendaftaran Online". Dengan penuh elegan but confident, aku melangkah masuk. Terlihat kelibat beberapa orng yang sibuk dihadapan komputer. Kehadiranku bak angin ahmar yang hanya lalu lalang di atmosfera udara. Aku berjalan mundar mandir sebelum suara datang menegurku "Pilih je mana mana cmptr yang kosong." Aku duduk di sebelah budak yg agak berbadan besar yang masih terpinga pinga dihadapan cmptr. Aku melalukan jari seniku ini diatas tetikus dan mula menaip no ic ku dengan cekap. Orang disebelah meniru tindakkanku. Setelah semua cabaran, dugaan dan rintangan diharungi. akhirnya aku tidak berjaya untuk mendaftar ke Politeknik tersebut atas dasar kecuaian beberapa pihak. Nama ku tiada didalam data. Aku dikatakan tidak menyyelesaikan lagi bayaran di BSN dan Maybank. Lalu dengan bengang dan marahnya, kami pulang semula ke IM untuk melangsaikan bayaran dan menggunting rambutku. Damn, dah macam orng penan dah rambut aku. Too high fashion. Cehh. Setelah selesai, kami kembali semula ke Politkeknik tetapi ternyata masih ada lagi masalah yg belum selesai. Akhirnya aku diminta untuk pulang dan dijanjikan untuk menghubungiku pada minggu hadapannya. Maknanya, sia sia sahaja berulang alik dari Semambu ke IM, sia sia sahaja rambutku dipotong Penan dan sia sia sahaja aku tak makan Nasi Lemak sedap di gerai "Ala Kadar" dan sia sia saja kau tidak menghabiskan Teh O Panas aku ! Grrrrrrrrr ! Worst-est-Day-Ever. Julai tahun ni main kasar ! DAMN !

CERITA PLKN : XEGEX

4 March 2011, Jumaat.

Malam tu, semua gempar dengan penemuan Ular Sawa di dalam dorm Wirawati. Bagaimana pon berita itu tak sehebat sambutan Hari Jadi Penghulu kem yang katilnya betul betul disebelah aku. Malam tu sungguh penat dan setan telah menggunakan senjata tajam untuk mencucuk mata ini supaya tidur. Tetapi dorm penuh dengn deraian gelak ketawa Wira Wira yang tak reti bahasa nak tidur dan masih lagi meraikan Hari Jadi Penghulu. Tiba tiba, aku terasa benda tajam di hujung ibu jari kaki. Tiba tiba benda tajam tu bergerak atas kaki aku. Aku pon mcm "Ehh ehh ehh ehh !" sambil melompat penuh drastik di atas katil. Deraian gelak ketawa mendadak surut apabila semua terpandang aku yang sexy berkain pelikat dan berbaju melayu berdiri di atas katil sambil menujuk nunjuk ke arah gumpalan selimut di atas katilku. "Weyy, ada lipan besar dolll !" kataku penuh yakin. Aku menangkat selimut itu perlahan lahan dan ternyata mmg benar, seekor lipan merah besar yang eksotik melarikan diri sepantas kilat, sekilat badannya. Suasana kecoh dengn kehadiran lipan besar itu. Akhirnya, berjaya ditangkap dan dipamerkan seperti Pameran Lipan Lipan Sedunia di dalam botol. Tiba tiba ada suara dari hujung katil kedengaran bongkak. "Hek elaa, rilek ahh Meer ! Lipan je kott. Bukan apa pon." Aku menjawab dengn pantas dan tegas "Kalau kena sengat aku, bukannya engkau !". Budak tadi yg aku gelar "Director" kerana kerap mengarah orng membuat itu ini, mengulangi ayatnya "Hek elaa, rilek ahh Meer ! Lipan je kott." dengan nada mengejek sambil ketawa menyakitkan hati. aku terus tidur tidak mengendahkan ejekan temeh seperti itu sambil berhati hati jika kaki ini dapat mengesan sesuatu sesperti lipan itu lg.


Entri ini ditype merujuk sepenuhnya dari Diary PLKN.


Derma darah. Cuci baju sampai tercabut tangan. Geng Derma Darah bla dan meninggalkan Geng Bumi Hijau di kem. Tuhan je tau bertapa amannya kem (!) Untuk kesedaran individu tertentu "Director", untuk menyedarkan atas cakap besarnya itu berkenaan dengan lipan besar tidak menyenangkan itu, aku "zefaxxen xegex reyez xefag roe" Padan muka ! Sedarlah sikit cakap besar kau tu menyakitkan hati orang. Dan malam pulak, avatar The Last Airbender :)

-Arb Yusry

5 March 2011, Sabtu.

Keesokkan harinya, aku mencuci baju memandangkan aku tidak dibenarkan untuk mengikuti rakan rakan yang lain ke HTAA Kuantan untuk menderma darah kerana berat aku yg tidak mencukupi. Durrhh ! Pelatih pelatih yang tidak menderma darah dikhendaki untuk bercucuk tanam membuat batas yg aku gelar sebagai Geng Bumi Hijau. Setelah beredarnya Geng Derma Darah pada pagi itu, aku dengan budak katil sebelah merancang sesuatu untuk mengenakan "Director". Aku dapat idea. Memandangkan di kem aku itu dikelilingi kawasan paya, maka banyak lah katak katak yg lompat kegembiraan pada pagi itu. Ada sekumpulan pelatih Cina telah menangkap seplastik beg penuh dengn katak didalamnya. Aku menegur dengn ramah sambil berkata "Eeee, bnyknya katak. Nak dua ?". Pelatih cina itu mengambil plastik dan meletakkan 2 ekor katak didalamnya. Akhirnya ada 4 ekor katak kesemuanya sekali *lagi 2 ekor i tangkap sendiri okayy ! Aku berkata penuh dendam terhadap rakan sebelah katilku itu:

Arab: "Kita masukkan katak ni dalam kasut dia nak ?".
Ejat: "Gila kau ! Tanak aku !".
Arab: "Alaaaaa, dia bukan tahu pon, lagipon bukannya ada orng dalam dorm. Semua tengah Bumi Hijau ni kan".
Ejat: "Kau buat la, aku tanak bersubahat ! Nanti effect result SPM aku weyy !".
Arab: "Okayy, kau teman aku jelah."

Bersama kami meredah masuk ke Dorm Alpha 1 tanpa diketahui pelatih mahupun Jurulatih. Kami berlari lari anak sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Arab: "Kau tunggu kat pintu, kalau ada orng kau bgtahu aku."
Ejat : "Okayy okayy." *berpeluh peluh keresahan sambil melihat lihat penuh waspada

Aku masukkan dua ekor katak dalam kasut belah kanan, dan dua ekor katak di kasut belah kiri. HAHA ! Selepas itu, kami beredar dengan pantas semula ke Dewan Makan tanpa diketahui orang lain.

Ejat: "Weyy, aku tak sedap hati lahh."
Arab: "Kau diamah ! Kita ni nak sedarkan dia je,bukannya saja saja nak khianat dia ! Suka ckp besar."

Sesudah Geng Derma Darah pulang ke kem, aku memerhatikan "Director", masih lagi dengn ckp besarnya. "Aku amik darah tadi lek je. Jarum bapak besar !". Menyampah sial aku dengar ! Pada malam itu, "Director" bad mood. Haha, hanya aku dengn Ejat je tahu kenapa dia bad mood. Kesian awok ye, kasut latihan bau bangkai katak. Ishh ishh ishh, katak je kott. Bukannya lipan pon !


CODE UNTUK : zefaxxen xegex reyez xefag roe bermaksud masukkan katak dalam kasut dia.