" Kuliah Subuh dibatalkan. Bagus ! Lepas breakfast, jam 08.00 AM tayar kenderaan berlabel "Jabatan Latihan Khidmat Negara" menuju ke Balok, Kuantan ke TLDM. Sampai di sana selepas sejam setengah perjalanan yang mendinginkan. Bau kelapa sawit menyenakkan otak dan memeningkan kepala. Bertindih jadual dengan Kem PLKN Cherating. Latihan menembak bermula pada 15.00PM Pelatih wira muslim ke Masjid Balok untuk solat Jumaat. Tanda kasut ==" Latihan bermula selepas mencuri sedikit ilmu dari Detail terdahulu, Detail 5 dipanggil dan aku terus ke Sasaran 1. Pertama kali cap jari Arab Yusry melekat di picu senjata M16. BOOM BOOM ALEXANDER ! FUHH BEST ! 52 markah dikumpul dan ditanda right (v) I dont know what its mean. Maghrib baru sampai kem selepas cerita "UNPENDE-APA-ENTAH" ditayangkan. Selepas itu, semua pelatih didenda Kawad Baring ==" Dammit. Urhh off. Mood: Bau bau yang annoying :S "
TAFSIRAN : "semua pelatih didenda Kawad Baring " Kawad Baring adalah kawad didalam keadaan berbaring. Pusing kanan bermaksud mengiring ke kanan. Pusing kiri bermaksud mengiring ke kiri. Menghadap ke kebelakang bermaksud meniarap atas tar jalan. Cium lah tar tu puas puas. Seksa kan ?
SUNDAY - FEBRUARY 20, 2011
"Sikap kakak/cikaro koperasi yang mcm sial luar biasa gatalnya dan sikap Jurulatih tonggek biadap yang menyakitkan hati harini buat aku nak sumpah seranah semua orang yang lalu kat depan aku. tarikh 200211, parents Famy dtg :) Then maghrib digemparkan dengan pengungguman bahawa Wira/Wirawati dikenakan memakai half cel/tukar class/tukar PT ==" Mood: Orang bodoh berlagak yang menyakitkan hati !"
TAFSIRAN : "pengungguman bahawa Wira/Wirawati dikenakan memakai half cel/tukar class/tukar PT " Pada malam itu, kami didenda atas sebab yang tidak dicatat didalam diari ini, kami Wira (lelaki) Wirawati (perempuan) dikenakan denda dengan memakai half celoreng (baju biru rasmi PLKN bersama boot yang memakan masa 15 minit untuk memakainya) dan terus ke Padang kawad. Selepas sampai di Padang Kawad malam itu, kami dikhendaki berlari dalam masa 5 minit, pulang ke dorm masing masing dan tukar pakaian kepada Pakaian Kelas (Baju Kemeja, seluar slack dan kasut) dan kembali semula ke Padang Kawad dalam keadaan termengah dan lelah. Lelaki perempuan semua berlari. Kemudian, dengan masa 3 minit yang tidak masuk akal, diminta berlari ke dorm untuk menukar pakaian PT (t shirt, seluar sukan, kasut sukan) dan kembali ke Padang Kawad. Dalam keadaan huru hara bak Tsunami menimpa dimana para Wira Wirawati masing masing berlari bertempiaran *ada yang memakai baju sambil berlari* dan masuk kedalam kumpulan masing masing. Ketika itu, baru aku sedar, seluar yang aku pakai, terbalik. Sial !