AZAM 2012 :
1) Kekalkan prestasi, Kurangkan kontroversi.
Kata sahabat baik aku, Irfan Shairazie Shatar, "Ilmu akan dibawa ke kubur." Memang memberi manfaat pada kita. Aku akui tu. Dengan focuskan minda kita pada ilmu ya saudara, kita tak akan ada masa untuk melayan segala hal remeh temeh ya saudara. Seperti dalam Quran berkata "Tuntutlah Ilmu" saudara, yakni, saudara saudara mungkin tidak akan terpesong jauh dari akidah dan perbuatan yang sia sia. Aku sebagai seorng pelajar didalam bidang Seni Bina, akan berusaha untuk Sem 2 dan Sem 3 dalam 2012 ini, mengekalkan prestasi Sem 1 iaitu 3.25. Aku akan cuba untuk mendapat 3.5 keatas untuk Sem sem akan datang, dengan izin Allah.
2)Mengikis sifat sombong, malu tak bertempat.
Mama selalu kata "Dah tahu orang kata kamu sombong, berubah lahh" *dengan berkerut dahi*. Aku akui memang aku bersikap sedikit sombong lebih dari orang lain. Tapi aku sombong bersebab. Mungkin kerana aku terlalu malu, aku segan nak berhenti tegur, salam. Aku segan. Aku pemalu. Kalau kau tanya Mama aku, memang dari kecik dulu aku ni pemalu. Orang bertanya baru aku buka mulut. Tapi, sejak dah berusia ni, dah nak masuk 19 dah pun beberapa minggu lagi, aku lebih peramah, mesra dengan orang. Ustazah kata, Nenek kata : "Asyik senyum je budak ni." Rezeki masuk kan ? Insyaallah.
3)Menjadi seorang Islam yang baik.
Aku tahu, semua buat muka kan ? Kita sekarang dah akhir zaman. Aku tahu, ramai yang kata "Elehh, konon nak jadi baik, padahal tak pernah sembahyang pon." Aku tak boleh nak cakap apa, sebab aku tahu berapa kali aku sembahyang dalam sehari. Kalau aku nak membangkang, mula lah orang bercakap "Nak riak la tu. Orang kalau sembahyang tak menunjuk." Memang betul, diam lebih bagus dari berkata kata. Aku akan cuba kekalkan solat 5 waktu sehari, itu yang paling penting. Kita nak buat baik biar orng kutuk, even, aku pernah dengar pon orang mengata dekat aku "Pakai macam ni pon sembahyang ke ?". Apa maksud kau "pakai macam ni ?" *angkat bahu*
4)Mencari rezeki, guna tangan sendiri.
Nama pon dah dewasa. Kena lah cari duit sendiri. Insyaallah, Allah dah banyak beri aku keistimewaan. Aku boleh melukis, boleh tangkap gambar, boleh buat video. Sekadar "boleh". aku tak riak, aku tak kata aku "pro". Tapi boleh la mencari duit dengan benda benda yang remeh ni. Even, cukup untuk makan sehari dua. Rezeki dekat tangan Allah, bila dia bagi peluang, kita ambil. Mana tahu, jadi famous sampai kaya raya ke sebab buat vid ? Siapa kata mustahil ?
5)Mecengkam barangan Wishlist #2012
Untuk menjaga penampilan, biar orang kutuk, asal kita selesa. Aku ada buat wishlist untuk barang yang aku idam idamkan. Akan dipost untuk entri akan datang. Whoshh !