RUMAH SEWA KAK SALWA

Selepas tamat class Material For Building yang bakal mengeluarkan soalan peperiksaan akhir pada Khamis ini, semua pelajar berkemas untuk menuju ke destinasi masing masing. Dengan langkah penuh waspada, aku seperti yang dirancang, bakal membawa segelintir rakan rakanku untuk mencari rumah sewa menaiki kenderaan pancuan empat roda En Yusry/. Setelah kelapan lapan kami dimuatkan di dalam kereta, kami menuju ke satu kawasan perumahan diberi nama penuh indh dan klasik "Taman Dato Rashid Salleh". Kereta keluli bewarna Silver keperakkan meluncur laju lorong demi lorong bagi mengesan coretan tangan mempamerkan no telefon sebagai tanda rumah untuk disewa namun gagal. Kebanyakkan rumah sudah uzur dan mula dinaiki semak samun, tumbuhan tumbuhan liar ghairah mencebgkam dada dada dinding bata yang kian berlumut. Banyak rumah yang kosong ditinggalkan tuan rumah, tetapi tidak pula ditinggalkan no tel mereka tanda setuju untuk menyewakan rumah mereka kepada para musafir. Mungkin mereka tergolong dalam golongan kaya dan tidak mengambil kisah akan rumah rumah kos rendah milik mereka yang kini mungkin dijadikan sebagai "istana" bagi serangga serangga kecil/. Kami meneruskan pencarian di taman perumahan penuh kegembiraan "Indera Mahkota" namun kebanyakkan rumah sudah disewa dan ditempah bagi beberapa pertubuhan yang tamak mengambil hampir 1/4 rumah di kawasan tersebut. Malah, berteraburan rumah dijadikan Homestay. Sepanjang pencarian rumah sewa ini, kami bersependapat bahawa kebanyakkan jiran yang kami interview semuanya menyatakan kenyataan "Makcik tak tahu lah, kosong kott." Cukup membuktikan bawahwa mereka tidak mengambil peduli akan kewujudan jiran jiran mereka. Hal seperti ini amat merungsingkan dan sifat kejiranan yang jitu kini kian pudar oleh peredaran masa dan ekonomi negara. Tanda "Rumah untuk Disewa" amat rare pada kali ini dimata kami berlapan. Dari pagi smpai ke malam, setelah segala lurah dan badai kami tempuhi, niat dibantutkan dengan semua dugaan yang menimpa dan kami hanya berserah pada takdir ketika menunaikan solat Ishak di surau Dato Rashid Salleh secara berjemaah sebelum seorang pakcik secara sukarela menawarkan diri supaya mengekorinya ke rumah En Ape Entah Nama Dia Lupa Dah Aku dan membawa kami ke rumah sewanya yang bagi aku, agak baik berbanding rumah rumah lain di sekitar itu. Harganya juga berpatutan dengan saiz dan kawasan rumah. Ditambah pula dengan tuan rumah yang ramah bak amah yang datang dari Indonesia menyapa mesra kedatangan kami. Akhirnya, berkat sembahyang jemaah, kami dilimpahi rahmat dan berjaya "menakhluki" sebuah rumah sewa sebelum kmai bergegas ke sebuah restoran di Semambu gara gara perut sudah memainkan lagu Cinta Muka Buku menandakan "band band mate" sudah sedia untuk diisikan dengan Maggi Goreng dan Milo Ais.