Moral of the story; Explore lah semua mall yang ada di negeri anda supaya anda tidak sesat dan memalukan diri sendiri untuk bertanya seperti anda ini visitor dari Africa.
SESAT DI KUANTAN PARADE
Hujan mulai turun dan menghempaskan diri menjadi seribu bahagian apabila menghempas permukaan Bumi yang kasar dan berdebu. Aku yang memiliki lesen memandu secara sah sudah lali dengan kesesakan lalulintas bandar Kuantan yang tidak membangun ini laluku menggapai kunci motor di atas sofa dengan rakusnya menuju ke arah pintu keluar. Aku ingin kebandar untuk membeli Butterpaper, sehelai kertas separa lutsinar yang membolehkan aku melakar sesuatu diatasnya dan diperlukan untuk aku menghantarnya di meja lecturer awal pagi besoknya. Ku start motor dalam linangan air hujan yg kini mula membasahi tubuhku yang kurus namun seksi bak Rihanna dalam videoclip Umbrella. Ku tunggang motor dan meluru ke arah jalanraya yang kian lengang. Kedai buku yang dituju telahpun tutup. "Sialan ! Baru pukul 9.15 dah tutup ?" Lalu ku mengubah perjalanan ke arah yang lebih berliku dan penuh dengan onak duri, sebuah bangunan yg agak usang, berdiri tidak bermaya, Kuantan Parade. "Bila lahh nak roboh Kuantan Parade ni, kesian pulak aku tengok." desis hati sinis. Ku parking motor dan berjalan penuh waspada ke arah pintu masuk utama KP. "Kat mana kedai buku eh ? Dah berbelas tahun aku duduk Kuantan ni, amat jarang sekali untuk aku membawa kaki ini bersiar siar makan angin di dataran Kuantan Parade." Ku harungi KP floor by floor, sambil lagu JLO On The Floor berkumandang penuh rancak di gegendang telingaku. Jam menunjukkan pukul 9.45. Bunyi keriuk besi penghadang berbunyi bersilih ganti memandakan banyak sudah kedai yang sudah tutup. Ku mencari dimana berdirinya tulisan megah yang memampangkan "kedai alat tulis" di mall terbabit namun gagal. Akhirnya, ku meramahkan diri yang lemah ini untuk menyapa seorng auntie yang kelihatan seperti tidur di sebuah peti yang menmpatkan buah buahan, agaknya letih menunggu customer yang tidak kunjung tiba. "Amm, tumpang tanya. Kedai buku kat mana ?" "Kedai buku apa ?"sapa auntie terkejut. "Kedai alat tulis." "Ohh, tingkat bawah sana, first floor." Dengan ucapan Thank you sebagai balasan, ke menuju ke 1st floor dengan angkuh dan bongkak sebelum gagal lagi berjumpa dengan kedai yang dimaksudkan. Kelihatan 2 anak dara sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumah selepas berjaya menutup gerai mereka lalu ku sapa. "Tumpang tanya !". "Ehh ! Terkejut aku. Yaa kenapa ?" latah kakak bertudung hitam. "Kat sini ada kedai buku tak? " sapa ku penuh confident and arrogant. "Ada Pustaka Saujana dekat bawah ni, awak turun tangga terus jumpa."sapa seorng lagi anak dara di bahagian belakang kedai. "Okayy terima kasih". Ku melangkah laju ke arah tangga yg membawa ku menuju ke bawah dan akhirnya terpampang megah "Kedai Alat Tulis Pustaka Saujana." Dengan senyuman hambar, ku meluru masuk ke dalam kedai dan mencari apa yang sepatutnya dibeli.