JAP ! ADA ORANG DATANG !
..okay sambung balik, Disatu pagi yang hening dimana mata ini sudah diset oleh alarm yang annoying supaya bangun dan work out on model and board for upcoming Portfolio that day. As usual, drive to collage in high speed..setiba di collage, angkut seorng dua yang nak beli barang untuk presentation board. Bawa ke kota Kuantan yang muram suram dengan atmosfera udara yang lembab memandangkan musim tengkujuh hampir tiba dengan gerimis memberi amaran akan kedatangan hujan yang bakal tiba..Sesudah sampai ke mall, parking sambil lewa dihadapan sebuah restoran dan berjalan kaki melintas ligas kenderaan yang kian menyesak diwaktu manusia bekejar untuk berlaunch hour ketika itu, menuju ke mall. Setelah tiba di Popular, berpecahlah kami mencari barang keperluan masing masing. Diselongkar selongkar, dari barang yang kemas disusun pekerja, ku selongkar hingga berselerak tanpa endah membiarkan ia terus tergeletak lesu di atas lantai. Tiba tiba mataku terpandang segulung kertas pink dengan texture yang menarik yang ku rasa dipanggil "tissue paper" dengan harga yang agak berpatutan iaitu RM4.90 segulung. Memandangkan aku ketandusan duit ketika itu dan sedaya udaya untuk berlapar bagi berjimat cermat, ku cabut tanda harga yang memaparkan RM4.90 dan menggantikannya dengan tanda harga RM1.40. Cuba kau kira berapa untung aku dapat Jemah oii ? Kelass kan ? Tindakkan ini disedari rakan dan mereka amat terkejut dengan tindakkan drastik ini dan cuba untuk menjauhkan diri dari aku kerana bimbang ditangkap. Excuse me, im proffesional. Ku melangkah penuh anggun ke arah counter dan mesin scan dilalukan di atas bar code dan RM1.40 terpampang di screen bersama sama tulisan " HARGA." Dengan confident ku keluarkan rm1.40 tanpa baki dan keluar dari kedai dengan angkuh. Karma bermula apabila sedang aku menikmati Cheese Roll kegemaran yang dibeli dari Deli Country, terpampang saman diselitkan di celah wiper pancuan 4 roda silver milik En Yusry.. "Maigodd, sekejap je Tuhan nak tunjuk balasan." kataku penuh sayu diiringi gelak tawa rakan rakan lain tanpa diendah ku meluncur laju ke arah kiosk untuk membayar saman. Now, siapa rugi ? --"