I MISS MY FRIENDS !

#NOTA DIRI.Its 11.20 PM. Baru lepas habis design building for Basic Design class. Kena submit besok. So nak taknak memang kena habiskan malam ni jugak. Alhamdulillah siap jugak. Ditemani nyamuk nyamuk yang annoying yang memang mintak penampar dari tadi tetapi asyik tersasar dari sasaran tamparan dan terbang pergi dengan perut yang penuh dengan darah haram yang disedut tanpa izin. Hembusan atmosfera Bumi pada malam ni agak dngin dibandingkan dengan semalam yang penuh dengan wap wap panas yang mengghairahkan. The reason why kenapa aku nak post entri ni adalah aku nak cerita sedikit sebanyak perbezaan sebelum dan selepas alam persekolahan. Entri ini ditujukan khas buat mereka yang berumur 19 tahun kebawah --" AH ! MEREPEK APA AKU MALAM MALAM NI ! BUKAN SETAKAT MALAM JE KAU NI MEREPEK ARAB ! TIAP TIAP MASA NAK MEREPEK ! KENA LEMPANG SETEPEK BARU TAHU ! Okayy okayy, lek lek. Kita mulakan dengan situasi yang paling aku rindu, atmosfera persekolahan. I miss the moment when we hangout togather, ponteng class lepak dalam store, kena kan orang, celebrate birthday, gaduh dengan cikgu, drama sana sini. I MISS THOSE MOMENT LIKE SERIOUSLY ! Dulu form 1 to form 3 aku akui memang aku budak yang sangat baik, suci tanpa dosa, putih bak mutiara *haa, yg ni tipu*, sesuci lebaran tanpa secalit kotoran . Sebab kawan kawan aku majoritinya budak budak pandai. And form 3, zaman kegemilangan sebab dapat 7 A. Whats the big deal kan ? PMR je pon. And dekat situ hidup aku dh mula jadi tak happy.Senang kata, 3/4 classmate aku, yang memang semuanya kawan rapat, pindah ke sekolah lain. Time tu dah macam videoclip "I Need A Doctor - Dr Dre feat Eminem" dah. Then form 4 to form 5, aku dah mula get along dengan kawan baru, yang majoritinya budak budak nerd yang menakutkan. 2 tahun ni, honestly, aku jarang lepak dengan classmate and banyak lepak sorang sorang. 2Time form 4 aku pernah dapat surat Amaran ke 3. Yang paling Ter-Amaran sekali sebab ponteng class. Acctually bukan ponteng pon, saja datang lewat. Most of the time datang lepas rehat, 10.30 AM. Ayat "Awak ingat sekolah ni sekolah bapak awak" tu dah biasa dah. Dah boleh hafal. Dan kadang kadang terbayang jugak arwah "Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad" tu bapak aku. Fuhh seram. Tapi nama gah laa. Tengku Ameer Ashraf B Tengku Panglima Perang. Fulamak ! Orang dengar nama dah koma seminggu, trauma. Panglima lah sekolah terbaik yang aku pernah rasa, sebab tu lah satu satunya sekolah yang aku membesar dalamnya. Even cikgu cikgu dalam tu kebanyakkannya nak mintak aku maki dia dengan lebih lanjut di dalam blog, tp tu la yang membuatkan hidup aku seronok. Diam tak diam banyak jugak aku langgar peraturan. Sekarang, semua dah berubah. Suasana sekolah dah takda. Sekarang dah dikelilingi dengan majoritinya orang dewasa. Bukannya budak budak form 1 yang suka berlari lari anak di kawasan kaki lima yang berkemungkinan besar memintak jari yang lima ni melekap kat muka mereka lima kali tanpa henti. Tenaga pengajar pon dah lain. KEna panggil Puan/ Cik. Dulu panggil Cikgu je, lebih mesra. Dekat IPT, aku seorang je yang panggil lecturer aku dengan panggilan "Cikgu". Even deorng gelak, tapi aku rasa panggilan Cikgu tu membuatkan aku rasa senang hati. Kadang kadang rasa sebak teringatkan sekolah. Nak buat macammana, masa berputar. Kita umpama lilin yang menunggu untuk membakar diri sendiri sehingga semuanya menjadi cair dan lenyap lesu tanpa kehangatan api.*waaaa, bersastera aku malam malam buta ni --"