FREAKS IN BOOTS
Setelah menyampah dengan roda yang berpusing di pertengahan video Beyonce - Love On Top*yang menunjukkan simbol LOADING" membuatkan aku rasa nak lempang WiFi ni sekiranya dia menjelma sebagai manusia. Belom sempat Beyonce mengeluarkan suaranya yang lemak merdu, bulatan yang berpusing itu muncul kembali dan kini Beyonce kaku tanpa sebarang gerak geri lincahnya. Dengan jari jemari yang kian membengkak kerana bermain onar dengan dawai duri untuk membuat model bagi Hari Portfolio yang akan tiba pada minggu hadapan, ku buka "new tab" dan jari jemari menari mambo seperti Sheila Mambo menari dalam Sehati Berdansa menekan papan kekunci "arabyusry.blogspot.com". *Bila masa Sheila Mambo masuk Sehati Berdansa ? --"* Kemudian dengan sentuhan ajaib hujung jari, cursor bergerak lemah ke arah link SIGN IN lalu dimasukkan email dan passwordnya. Kini, aku ingin bercerita mengenai kejadian aneh yang berlaku 8 jam yang lalu. Setelah motor diberi roh untuk hidup dan membiarkan, dengan merendah dirinya, aku menunggangnya dengan ajaib bergerak laju ke arah mall yang terbesar di Kuantan, buat setakat ini. ECMall untuk mencari bahan bahan yang sepatutnya. Setelah meronda dan digoda, aku terlihat kelibat Sarah Hairuddin. Yaa, Sarah sedang lalu tunduk seperti hendak rukuk di sebelah bahu kanan ku. Tanganku diangkat untuk menegurnya, tetapi, sesudah jarak kami semakin hampir, muka Sarah Hairuddin kian menghilang sedikit demi sedikit. Rupanya, pelanduk dua serupa, atau mungkin aku hanya mengelamun sahaja kerana lapar --" Sesudah Bumi dipanaskan dengan terik Mentari yang mula panas hati dengan penduduk Bumi yang makin biadap dan melakukkan pelbagai maksiat, aku melangkah keluar untuk ke kedai yang lain pula. Sesudah berhenti di satu traffic light, aku disapa seorng uncle yang bertanyakan jalan. Tiba tiba, kejadian aneh yang tadi berulang lagi. Tapi kali ini, muka rakan ku muncul tanpa diduga, wajah jelita Sofiya Fuzya Naddira yang sedang menunggang sebuah motorsikal bewarna hitam. Ku berfikir ligat "Bukan motor dia colour putih ke ?". Dengan perasaan ingin menegur tetapi amat mustahil dengan keadaan traffic yang kian menyesak. Akhirnya "pelanduk dua serupa" Sofiya berlalu pergi. Lampu hijau dan ku belok ke kiri. Kejadian tadi berulang kembali. Kali ini kelihatan kelibat Thinesha, sahabat sekelas di tingkatan 5 dulu. Sedang menghisap rokok membonceng di atas motor. "Maigodd ! Thinesha smoking ? Biar betulll ?" Setelah dua kali pandang, akhirnya ku sedar itu bukannya Thinesha kerana belakangnya adalah secara terang terangan belakang seorang lelaki. Aku mula buntu dan memikir apa yang telah mengakibatkan aku terbayang bayang kelibat rakan rakanku ini. Mungkinkah aku dikenakan Nasi Kangkang, mungkinkah aku disihir, mungkinkah aku khayal disebabkan asap rokok yang terlaluan, atau "mungkinkah ku teman biasa..seawalnya kita berjumpa..mungkin bila tiba saatnya..mungkinkahhh.." Waaaa, Sheila Abdul tauuuu ! Okbye !