LUAHAN SI LANGSIR KEPADA JENDELA
Walaupun tajuk entri "tak nak kalah," Ada Aku Kesah ? Salam Se Malaysia. PLKN. Satu tempat yang mengumpulkan tenaga tenaga muda untuk dilatih supaya dapat berkhidmat untuk negara pabila diperlukan kelak. Dengan usaha gigih para jurulatih melatih pelatih sehingga letih, 3 bulan sudah mencukupi untuk memenuhkan ilmu "survival" di dalam diri pelatih pelatih yang terpilih. Pelatih bukan sahaja diberi kelengkapan pakaian, tempat tinggal, makanan *walaupun ikan kalau baling kat dinding, dinding pon pecah* malah akan dianugerahkan sijil bagi mereka yang berjaya menamatkan latihan dengan jaya. Iaitu Sijil PLKN yang ditandatangani oleh bukan calang calang orang. Tetapi persoalannya, apakah fungsi sebenar Sijil PLKN tersebut ? Sehelai kertas kuning bercap mohor megah, tertera lambang kerajaan, dicoret tandatangan "orng besar" dengan pen mewah ? Tetapi, apakah fungsinya kepada pemilik sijil itu, yakni, bekas bekas pelatih PLKN. Bukan senang untuk menghabiskan latihan disana memandangkan situasi di PLKN tidak seindah khabar. Indah lagi wajah Encik Akhbar, jiran nenekku. Katanya Sijil PLKN itu bila ditunjukkan kepada mana mana pihak berkenaan, sedikit sebanyak dapat membantu mana yang patut. Tp, sebaliknya pulak. Sijil itu langsung tak membantu, malah diam membisu tanpa restu --" Markah KOKO dinaikkan - DUSTA. Membantu dalam kemasukkan ke IPTA/IPTS - DUSTA. Diberi keistemewaan untuk tidak menyertai aktivti di IPTA/IPTS - DUSTA. Dimana KEBENARANnya sedangkan semuanya DUSTA ! Sungguh menyakitkan hati setelah mendapat tahu bahawa sijil yang begitu susah untuk diperolehi selama 3 bulan tiada nilainya. Mengapakah terjadi keadaan sedemikian ? Bekas bekas pelatih PLKN diberikan layanan sama rata denagn "bekas bekas Tupperwear" yang lain. Sedangkan "bekas bekas Tupperwear" yang lain hanya duduk bersenang lenang di rumah menikmati popcorn caramel yang tidak habis ketika tengok wayang bersama rakan petang semalam sambil kaki disilangkan dan remote TV dibelai manja di tangan untuk menukar siaran dengan sesuka hati. Sedangkan kami, warga PLKN direndam di dalam lubuk, dijemur dibawah terik kerakusan Mentari, di paksa berlari merentas desa, pekan, bandar metropolitan. Segala usaha, titik peluh, berpulas keringat, menggoreng pengat, kena sengat, penat tak heeengat. Inikah balasannya..