KEJADAH MEMBAWA PADAH
Satu petang diamana kami berempat, Aliff, Faie dan Hassan sudah lali dengan ketidakperkembangan bandar Kuantan dan hanya merayau di tempat yang sama setiap minggu, ECMall. Kami bercadang untuk mengucarkan Carefour. Apa lagi , FAKE SHOPPING laa ! Ambik bakul and campak semua benda sebanyak yang boleh dalam bakul tu. Ada lahh Planta, tepung kek, sauk ikan, glove getah, roti, sampai kobis pon kitaorng timbang sebab boring punya pasal. And lastly, bakul tu kiteorng tinggal dekat section minyak wangi. Mean -- Bosan tak habis lagi, otw nak balik, sementara tunggu Hassan membayar ticket parking yang aku rasa mengambil masa yang agak lama untuk dia bergerak dengan pantas, sebuah tragedi bermula apabila aku, secara sengajanya telah mengheret kon yang diletakkan sebagai penghadang jalan, aku seret disepanjang jalan aku ke arah kereta. Distu terdapat beberapa buah keluarga yang memandang pelik dan mensyaki aku ingin mencuri kon tersebut. Aku akhirnya meletakkan kon itu di belakang kereta orang. Saja buat khianat. And lepas dah masuk kereta, sebuah motor yang dinaiki seorng guard meronda penuh waspada mencari sesuatu. Aku mensyaki yg dia sedang mencari kon yang hilang secara misteri tersebut. Beberapa minit, Hassan muncul dengan pantas, sekali pandng seperti Dementor yang meluncur laju membelah angin dingin. Aku memandu dengan penuh tekun ke arah signboard EXIT. Tiba tiba, aku terpandang seorng guard sedang menunding nunding ke arah keretaku. Aku berkata kepada Hassan "Aku salah jalan ke weyy ?". Hassan membalas dengan nada yang cemas sambil memegang beg plastik AyamMas, "Cepat Arab, cepat ! Dia kejar tu !". Dengan ketangkasan kaki model ku, ku memijak pedal minyak dengan kuat dan kereta pancuan empat rodaku meluncur laju, selaju hujan renyai yang membasahi cermin keretaku. "Cepat weyy ! Dia kejar tu ! OMG ! OMG !". Tibatiba kereta kami diserbu dalam 3 orng Security Guard. Aku membuka cermin tingkap dan membuat nada biasa "Yaaa ?". "Bukak !" sapa Security Guard yang mengejar tadi dalam keadaan termengah mengah. "Bukak apa ?" tanyaku penuh tanda tanya. "Bukak but kereta belakang" kata Security guard. Hassan di seat pemandu sebelah kelihatan rungsing, tetapi tetap tidak langsing. "Asal weyy? Asal wey ?". Security bertanya kepada kami,"Ada seorng chinese bagitahu kami yang korang ada ambil kon, ada tak ? Terambil ke, teralih ke ?". Aliff berdrama "Kon ? Kon apa pulak ? Takde takde." Setelah kereta kami digeledah seperti cerita CSI MIAMI, siap cari cap jari, sampel rambut semua --" dan dikerumuni orang, akhirnya kon tidak dapat dijumpai. Akhirnya Guard itu meminta maaf kerana menuduh kami. *padahal memang kiteorng yang buat.* Lepas tingkap ditutup, kereta penuh dengan hilaian gelak ketawa. Memang lawak laaa sampai kena kejar guard, kena geledah kereta semua. Adoiii, macam macam. Hassan yang masih buntu kerana tidak tahu menahu dalam kes ini kerana pergi membayar ticket tadi kelihatan panic dan hampir pitam. Kami explain kepada Hassan berkenaan kon yang kami alih tadi. Yes, we're that crazy.